Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan
agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status
halal-haram restoran dan makanan Fakta 2007:-
1.RESTORAN TERSEBUT TELAH MENDAPAT PENGESAHAN JAKIM
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal
JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal
JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan
100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan
halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh
syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada
menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana
telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat
dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah
dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat
pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i.
Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi
yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan
rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis,
yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi
persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di
pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE
. Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap
air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga
sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk
produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan,
JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia
sahaja .
4. Sehingga kini
pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar
dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari
syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft
gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores,
Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,
kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa
bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau
tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah
produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan
pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut
diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan
status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC
halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang
tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC
menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam
Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza,
Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,
Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café,
Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak
House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan
Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga
semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (
JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan
status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal
JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM ,
Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya
yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah
merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco
tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk &
Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke
atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan
status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam,
fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan
Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck
memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat
dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
rujukan:http://skutevo.8.forumer.com/a/pengesahan-halal-jakim_post346.html
rujukan:http://skutevo.8.forumer.com/a/pengesahan-halal-jakim_post346.html
Wallahua'lam


















0 ulasan:
Catat Ulasan