Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Haram Pergaulan Bebas

Imej
DUNIA semakin canggih dengan pelbagai inovasi yang dihasil kan bagi kepentingan manusia. Namun, dalam kecanggihan kehidupan hari ini, kita tidak terlepas daripada masalah akhlak yang telah diajar oleh Rasulullah S.AW dan hilangnya nilai murni. Ramai manusia hilang arah dalam membezakan antara perkara yang baik dan buruk serta perkara yang membawa faedah atau sebaliknya.Semua ini disebabkan manusia berlumba mengejar kehidupan dunia yang jauh dari landasan ditetapkan Allah. Kes pembuangan bayi tidak berdosa dilihat semakin meruncing. Namun, segelintir anggota masyarakat belum sedar padah yang bakal diterima jika masalah berkenaan terus berlaku dalam masyarakat. Ia menunjukkan masyarakat hari ini lebih teruk daripada masyarakat zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka hanya membunuh anak perempuan kerana malu dan menganggap golongan itu lemah serta tidak setanding dengan anak lelaki yang boleh diajar untuk berperang. Perkara berkenaan dijelaskan Allah dalam fi