Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Apakah Perlindungan anak tak sah taraf?

1.0 Pendahuluan             Istilah kanak-kanak seperti yang selalu digunakan di dalam kitab-kitab fiqh iaitu sabiy, Ghulam, dan saghir bagi kanak-kanak lelaki, dan sabiyyah, jariyah dan sahgirah bagi kanak-kanak perempuan. [1] Manakala menurut seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 bahawa kanak-kanak ditakrifkan sebagai seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun. [2] Pada kebiasaanya, ibu bapalah yang menjaga dan memberi perlindungan kepada setiap anak-anak yang mana merangkumi memberi keperluan yang secukupnya kepada anak-anak seperti keperluan daripada segi pakaian, makanan dan tempat tinggal. Selain itu, tugas ibu bapa juga adalah untuk mendidik anak-anak daripada kecil sehinggalah meningkat dewasa. Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan kebajikan terhadap setiap manusia sama ada dewasa mahupun sebaliknya. Jadi disebabkan itulah islam telah menitik beratkan hak terhadap kanak-kanak.             Namun tidak semua kanak-kanak itu bernasib baik, iaitu bagi mereka yan