Catatan

Aplikasi vaksin dan kerelevenan Zakat terhadap Mangsa Banjir bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah

  Vaksin Melaksanakan perancangan imunisasi kepada anggota masyarakat bagi menghalang penyakit berjangkit. [1] Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia (JAKIM, 2015) menjelaskan bahawa penggunaan vaksin bagi menghalang penyebaran virus adalah dibenarkan. Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi) [2] Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit.   Antara vaksin yang telah difatwakan harus ialah vaksin Rubela, Haptitis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio, Meningococcal Meningitis jenama Mencevax, jenama Menveo, jenama Monument, jenama Menactra, dan vaksin Human Papilloma Virus –HPV. [3] Perancangan imunisasi ini adalah bertujuan untuk mencegah

Apakah Perlindungan anak tak sah taraf?

1.0 Pendahuluan             Istilah kanak-kanak seperti yang selalu digunakan di dalam kitab-kitab fiqh iaitu sabiy, Ghulam, dan saghir bagi kanak-kanak lelaki, dan sabiyyah, jariyah dan sahgirah bagi kanak-kanak perempuan. [1] Manakala menurut seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 bahawa kanak-kanak ditakrifkan sebagai seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun. [2] Pada kebiasaanya, ibu bapalah yang menjaga dan memberi perlindungan kepada setiap anak-anak yang mana merangkumi memberi keperluan yang secukupnya kepada anak-anak seperti keperluan daripada segi pakaian, makanan dan tempat tinggal. Selain itu, tugas ibu bapa juga adalah untuk mendidik anak-anak daripada kecil sehinggalah meningkat dewasa. Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan kebajikan terhadap setiap manusia sama ada dewasa mahupun sebaliknya. Jadi disebabkan itulah islam telah menitik beratkan hak terhadap kanak-kanak.             Namun tidak semua kanak-kanak itu bernasib baik, iaitu bagi mereka yan