Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

HARI ASYURA

Imej
  Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut umatt Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, Umat Islam menghormati hari tersebut seperti mana yang   diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. SEJARAH HARI ASYURA Nabi Muhammad S.A.W melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda S.AW. turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah YOM KIPPUR yang juga bermaksud pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Mus