Konsep Salam
KONSEP SALAM ANTARA TEORI DAN PRAKTIS [1] 1. Mukaddimah Salam satu amalan yang amat dituntut dalam Islam dan ia sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Merupakan penghormatan yang berbentuk doa khusus untuk umat Islam sahaja tanpa mengira pangkat, warna kulit atau pun bangsa. Pensyariatannya telah sabit di dalam al-Quran dan hadis. Firman Allah: وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها Al-Nisa`: Ayat 86 Bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Ibn Umar Meriwayatkan: أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم أي الإسلام خير قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف [2] Bermaksud: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah s.a.w. Apakah amalan yang terbaik dalam Islam? Lalu Baginda menjawab memberi makan dan memberi salam kepada orang yang dikenali dan t