Konsep Salam
KONSEP SALAM ANTARA TEORI DAN PRAKTIS[1]
1.Mukaddimah
Salam
satu amalan yang amat dituntut dalam Islam dan ia sudah menjadi satu budaya
dalam masyarakat Islam di Malaysia. Merupakan penghormatan yang berbentuk doa
khusus untuk umat Islam sahaja tanpa mengira pangkat, warna kulit atau pun
bangsa. Pensyariatannya telah sabit di dalam al-Quran dan hadis. Firman Allah:
وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها
Al-Nisa`: Ayat 86
Bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan
hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
Ibn Umar Meriwayatkan:
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم أي الإسلام خير قال تطعم
الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف[2]
Bermaksud:
Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah s.a.w. Apakah amalan yang terbaik
dalam Islam? Lalu Baginda menjawab memberi makan dan memberi salam kepada orang
yang dikenali dan tidak dikenali.
2.Pengertian Memberi Salam
Dalam Islam perkataan salam itu memberi maksud selamat dan sejahtera,
ungkapan memberi salam pula beerti memberi ucapan selamat dan
sejahtera kepada seseorang dengan menggunakan ungkapan yang khusus iaitu: السلام عليكم (Salam sejahtera untuk
kamu) atau سلام الله عليكم (salam sejahtera Allah untuk kamu) .Dengan memberi salam itu bermakna kita
mendoakan/mengharapkan daripada Allah keadaan dan suasana yang sejahtera dan
selamat orang yang
kita ucapkan ucapan salam itu. Dan doa mendoakan dalam masyarakat Islam telah menjadi suatu
tradisi yang berterusan
sejak zaman berzaman, sejak dari zaman wahyu hingga ke hari ini.
3.Hukum Memberi dan Menjawab Salam:
Tentang
hukum memberi/memulakan salam adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang dituntut) dalam bentuk kifayah,
dengan erti jika sekumpulan orang berlalu di samping sekumpulan orang ataupun
orang perseorangan, jika salah seorang di antara mereka memberi salamnya kepada kumpulan atau orang perseorangan
maka berhasillah sunat yang dituntut mereka lakukan dan tidaklah semestinya semua orang di dalam kumpulan yang memberikan salam masing-masing kepada orang yang berkenaan.
Tentang menjawab salam pula ia dihukum sebagai
fardu 'ain jika orang yang diberikan/ diucapkan salam itu
seorang diri sahaja, tetapi jika salam itu ditujukankan kepada sekumpulan yang
ramai, maka menjawabnya menjadi fardu
kifayah ke atas kumpulan itu jika salah seorang di antara mereka menjawab maka gugurlah
hukum wajib menjawabnya daripada tanggungan orang lain, dan jika kesemua mereka menjawab maka tiap seorang daripada
mereka dianggap telah menunaikan sesuatu tanggungjawab yang terkena ke atas
diri mereka. Akan tetapi jika tidak ada seorang pun di antara mereka yang
menjawabnya maka kesemua mereka akan menanggung dosa.
Disyaratkan sewaktu memberi dan menjawab salam
hendaklah diangkatkan suara sehingga dapat didengar oleh kedua belah pihak. Jika diragukan tentang dapat didengar ataupun tidak, maka diulang ucapan itu sama ada memberi salam ataupun menjawabnya sehingga jelas didengar
oleh orang yang berkenann. Jika diberikan salam kepada sekumpulan orang, ada di antara mereka yang sedang tidur, maka hendaklah
diperlahankan suara sekadar yang dapat
didengar oleh yang tidak tidur dan tidak mengejutkan orang lain yang sedang tidur. Begitulah yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w menurut riwayat Muslim daripada al-Miqdad[3].
Menurut
fuqaha' Mazhab Syafi' disyaratkan
menjawab salam
itu dengan bersambungan sama seperti
yang berlaku di antara ijab dan Kabul di dalam urusan-urusan
mu'amalat. Di samping itu disunatkan juga seseorang itu mengirim salamnya kepada rakannya ataupun kenalannya
yang tidak ada di sisinya. Terdapat
beberapa buah hadis yang
berkaitan dengan galakan ini. Orang yang membawa
salam itu dihukum wajib ke atasnya menyampaikan salam itu, firman. Allah:
إِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
Bermaksud:"Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Al-Nisa 4:58
Jika
seseorang itu diberikan salam di sebalik dinding atau sebagainya oleh seseorang yang tidak dikenali ataupun
rakannya menulis surat dan mengucapkan salam kepadanya ataupun ia menghantar
seorang utusan
menyampaikan salam kepadanya maka wajiblah ia menjawabnya dengan segera. Dan
sunat baginya juga
menjawab ke
atas rakannya daripada orang yang membawa salamnya itu, seperti ia berkata di
dalam jawapannya:
وعليك
وعليه السلام ورحمة الله وبركاته
Bermaksud: Salam sejahtera untuk kamu dan untuknya, mudah-mudahan kamu berdua mendapat rahmat Allah dan juga keberkatan-Nya."
Terdapat
beberapa buah Hadis yang berkaitan dengan fakta ini riwayat Abu Daud. :
Jika seseorang
memberi salam kepada seorang tuli/pekak hendaklah ia menyebut lafaz salam disertakan
dengan isyarat tangan agar dapat difahami. Sekiranya tidak disertakan isyarat tangan bersama-sama lafaz salam maka
salamnya itu tidak berhak mendapat jawapan, begitulah juga di dalam jawapan seorang yang pekak terhadap salam yang diberikan kepadanya wajiblah digandingkan di antara lafaz dengan
isyarat tangan.
Salam
yang diberikan oleh seorang yang bisu menerusi isyarat begitu juga dengan
jawapannya adalah diambil kira sebagai
sah. Tetapi bagi seorang yang mampu bercakap adalah tidak memadai di dalam
memberi dan mejawab salam bagi dirinya dengan hanya menggunakan isyarat sahaja.
Sebenarnya mengumpul di antara lafaz dengan isyarat di dalam memberi dan
menjawab salam adalah baik dan sunat. Diriwayat sebuah Hadis daripada Asma' binti Yazid r.a. katanya: Suatu hari,
pernah Rasulullah s.a.w. lalu di dalam masjid pada saat itu terdapat sekumpulan orang-orang perempuan sedang lalu
baginda mengangkat tangannya untuk memberi salam." Hadis ini riwayat al-Tirmidhi yang dikata
sebagai Hadis hasan (iaitu Hadis yang baik) .
4.Cara Yang Sempurna Memberi Dan Menjawab Salam:
Cara
yang paling sempuma di dalam memberi dan menjawab salam ialah dengan
menyebut
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[4]
(Salam sejahtera untuk kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah serta
keberkatanNya) oleh pemberi salam dan dijawab pula oleh yang menerimanya dengan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته (Dan
untuk diri kamu salam sejahtera, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah serta
keberkatanNya). Di dalam sebuah Hadis riwayat Umran bin Husain, katanya:
"Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w. sambil memberi salam
kepada baginda, katanya: السلام
عليكم (salam sejahtera untuk kamu) lalu baginda menjawab
salamnya, kemudian ia pun terus duduk. Nabi bersabda: "Sepuluh"
(iaitu ganjarannya sepuluh). Kemudian datang lagi seorang lelaki yang lain,
lalu memberi salam kepada baginda katanya: السلام
عليكم ورحمة الله (salam sejahtera
untuk kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah), lalu baginda menjawab
salamnya itu dan ia terus duduk. Baginda bersabda: "Dua puluh" (iaitu
ganjarannya sebanyak dua puluh). Kemudian datang lagi seorang lelaki lain lalu,
memberi salam kepada baginda katanya: السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته (Salam
sejahtera untuk kamu dan mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah serta
keberkatan-Nya) .Baginda menjawab salamnya dan ia pun terus duduk. Baginda
bersabda: "Tiga puluh" (iaitu ganjarannya sebanyak tiga puluh)[5].
Hadis riwayat al-Darimi, Abu Daud dan al-Tirmidhi, beliau berkata: Hadis ini
adalah hadis hasan (baik).Di dalam riwayat yang lain oleh Abu Daud
terdapat penambahan di dalam teksnya iaitu: "Kemudian datang lagi seorang
lelaki, lalu memberi salam kepada baginda: السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرته (Salam sejahtera
untuk kamu dan mudah-mudahan kamu
mendapat rahmat Allah,
keberkatan- Nya serta keampunanNya). Lalu baginda bersabda (sesudah baginda
menjawab salamnya) : "Empat puluh" ( iaitu gan jarannya adalah
sebanyak empat puluh) .Dan sabdanya lagi : "Begitulah kedudukan tentang
berbagai kelebihan (memberi dan menjawab salam).
Sekurang-kurang
ucapan memberi salam hendaklah seseorang itu. menyebut: السلام عليكمataupun السلام عليك jika orang yang diberi salam itu hanya seorang
sahaja, ataupun menyebut : ) سلام عليكم salam
sejahtera untuk kamu) ataupun سلام عليك (salam sejahtera untuk engkau).
Kalau
seseorang itu menyebut lafaz memberi salam dengan ucapan عليكم
السلام maka kita dapati ada dua pendapat
mengenainya daripada fuqaha' Mazhab Shafi'i, salah satu pendapat mengatakan ia
bukanlah ucapan memberi salam dan tidak wajib dijawab. Menurut pendapat yang
kedua iaitu pendapat yang terkuat, ia adalah salam yang wajib dijawab, tetapi
perbuatan memulakan salam dengan cara begitu dihukum makruh menurut pendapat
al-Ghazali yang berdasarkan kepada sebuah Hadis daripada Abu Jary, katanya:
Saya berkata: عليك السلام (untuk engkau salam sejahtera) ya Rasulullah". Baginda menjawab: Janganlah
kamu ucap عليك السلام kerana ucapan عليك السلام adalah
satu penghormatan kepada orang- orang yang sudah meninggal.[6] Hadis
riwayat Abu Daud, al- Tirmidhi dan lain-lain melalui sanad yang sahih.
Menurut
pendapat fuqaha' Mazhab Shafi'i, adalah sunat menggunakan ungkapan jamak
apabila mengucapkan salam .kepada seorang individu, iaitu dengan menyebut: السلام عليكم sebagai ucapan kepadanya dan kepada para malaikat
Allah yang ada. Biarpun begitu mereka bersetuju tentang: keharusan seseorang
itu menggunakan ungkapan السلام
عليكم ataupun سلام عليك di dalam
ucapan memberi salamnya.
Cara menjawab salam ialah dengan menyebut وعليكم السلام (Dan
untuk kamu jug salam sejahtera) وعليك السلام (Dan untuk engkau juga
salam sejahtera) jika yang memberi salam itu hanya seorang sahaja. .Jika
seseorang itu hanya menyebut عليكم السلام tanpa
menyebut huruf و (iaitu dan") sebelumnya maka didapati
dua pendapat di kalangan fuqaha' Mazhab Shafi'i mengenainya, menurut salah satu
pendapat yang terkuat adalah memadai kerana Allah telah berfirman
وقالوا سلاما فال سلام tanpa terdapat huruf و, sebelum perkataan سلام yang
kedua. Fuqaha' Mazhab Shafi'i mengatakan lagi kalaulah seseorang itu hanya menyebut
عليكم sahaja maka itu bukanlah jawapan. , Tetapi jika seseorang itu hanya menjawab dengan وعليكم sahaja maka menurut satu
pendapat yang dipilih oleh Imam al-Haramain ia bukanlah jawapan kerana ia tidak
mengandungi perkataan " السلام dan menurut pendapat yang lain ia dihukum sebagai jawapan kepada
salam. Pendapat kedua ini berdasarkan kepada Hadis riwayat Abu Hurairah yang
mengesahkan tentang Islamnya, katanya saya adalah orang pertama yang
menghormati Nabi s.a.w. dengan ucapan salam Islam, lalu baginda menjawab: وعليك ورحمة الله (Dan untuk engkau juga, dan mudah-mudahan engkau mendapat rahmat Allah)
tanpa menyebut perkataan السلام .Jika orang yang meniawab
salam berkata: السلام
عليكم ataupun
سلام عليكم maka ia
dikira sebagai jawapan tanpa ada khilaf di kalangan fuqaha' Mazhab
Shafii, cuma yang afdalnya ialah ungkapan السلام عليكم yang terdapat ال pada
perkataan سلام [7].
Jika dua orang lelaki bertemu kedua-dua mereka
serentak memberi salam kepada rakannya, maka tiap mereka dikira sebagai pemberi
salam, bukan sebagai penjawabnya, maka dengan itu wajiblah ke atas tiap seorang
daripada mereka menjawab salam rakannya. Jika ucapan salam itu berlaku dengan
berturut-turut maka ucapan yang terakhir dihukum sebagai jawapan, maka dengan
itu tidak ada sesiapapun di antara mereka yang diwajibkan menjawab salam
rakannya, ini merupakan pendapat yang terkuat di antara dua pendapat di dalam
masalah ini, firman Allah:
فقالوا سلاما قال سلام
al-Dhariyat. 51:25.
Maksud
ayat: Lalu mereka memberi dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu. la
menjawab: Salam sejahtera kepada kamu!'.
Jika
dua orang bertemu, lalu salah seorang daripada mereka berdua mengucapkan kepada rakannya: وعليكم السلام pada
pendapat al-Mutawalli, ia bukan
salam dan tidak berhak diberi jawapan kerana ungkapan itu tidak sesuai dijadikan lafaz memberi salam.
Menurut pendapat al-Mutawalli, makruh bagi seseorang mengkhususkan salamnya bagi sebilangan orang daripada sekumpulan yang ramai sekiranya ia dapat memberi
salamnya kepada mereka semua kerana tujuan memberi salam ialah untuk bermesra,
sedangkan mengkhusus salam untuk sebahagian mereka boleh
menimbulkan perasaan tidak
senang dan kadang-kadang mungkin menimbulkan suasana tegang..
Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Hawi, jika seseorang itu berjalan di dalam pasar dan di jalan raya yang dipenuhi orang maka amalan memberi salam
di tempat-tempat .yang sebegini hendaklah dikhusukan kepada sebahagtan orang, kerana kalau ia memberi salamnya kepada semua orang yang ditemuinya tentu
ia akan sibuk dengan orang-orang yang ditemuinya dan akan menjadi keadaan luar biasa. Beliau berkata:
Tujuan memberi salam ialah untuk menimbulkan suasana kasih .sayang atau menolak apa sahaja yang tidak
diingini.
Jika
sekumpulan orang memberikan salam mereka secara berasingan kepada seseorang, lalu ia menjawab salam mereka dengan ungkapan: وعليكم السلام dan ia bermaksud sebagai jawapan kepada kesemua salam mereka, maka jawapannya adalah memadai. Demikian menurut pendapat al-Mutawalli dan juga al-Rafii.
Jika seseorang memasuki majlis sekumpulan orang yang kecil bilangan mereka maka memadai dengan diucapkan satu salam sahaja untuk kesemua mereka dan memadai pula kalau seorang sahaja daripada mereka yang
menjawab salamnya itu. Salam yang ditambahkan kemudian yang dikhususkan kepada
sebahagian orang dianggap
sebagai suatu adab sahaja, bukannya sunat lagi, begitu juga menjawab salam yang melebihi sekali jawab
termasuk ke dalam
amalam adab. Sekiranya kumpulan itu bilanganya terlampau ramai yang tidak
memadai dengan satu salam, seperti orang-orang yang berada di dalam masjid di
dalam satu majlis yang besar atau di dalam sesuatu pe-rayaan maka sunat memberi
salam ketika seseorang itu sampai di sisi mereka. Dengan memberi salam pada
saat itu ia sudah dianggap sebagai sudah menunaikan sunat ,memberi salam, dan
menjadi fardu kifayah ke atas mereka yang mendengarnya menjawab salamnya.
Kalaulah ia ingin duduk bersama-sama dengan mereka maka gugurlah sunat salam
kepada orang lain yang tidak men- dengar salamnya, dan jika ia ingin melewati
mereka dan duduk bersama-sama orang-orang yang tidak dapat mendengar salamnya
maka adakah masih ada lagi hukum sunat memberi salam itu pada dirinya? Ada dua
pendapat yang dikemukakan oleh fuqaha' Mazhab Shafii, menurut salah satu
pendapat, salam yang diulang kemudian hanya sebagai adab sahaja tidak lagi
menghasilkan pahala sunat bagi orang yang mengucapkannya. Menurut pendapat yang
kedua sunat memberi salam itu masih lagi ada kerana mereka adalah orang- orang
yang tidak mendengar salamnya di permulaan tadi, dengan itu hukum sunat memberi
salam kepada mereka masih kekal. Pada pendapat al-Nawawi, pendapat yang kedua
adalah yang terkuat.
Jika
seseorang memberi salamnya kepada seseorang, sesudah itu ia berpisah dengannya,
kemudian ia bertemu dengannya semula dalam jarak masa yang tidak lama ataupun
mereka dipisahkan oleh sesuatu, kemudian mereka bertemu semula
maka sunat ia memberi salamnya semula, begitulah kalau berlaku keadaan
sedemikian bagi kali ketiga, keempat dan seterusnya, ia disunatkan memberikan
salamnya pada tiap kali ia bertemu dengannya biarpun dalam masa yang singkat.
Inilah pendapat fuqaha' Mazhab Shafi'i yang berdasarkan ke- pada beberapa buah
Hadis, di antaranya Hadis riwayat Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W., baginda
telah bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menemui saudaranya
hendaklah ia memberi salam kepadanya jika sesudah itu mereka dipisahkan oleh
sebatang pokok ataupun dinding ataupun batu, kemudian ia bertemunya pula maka
hendaklah ia memberikan salam kepadanya. Hadis
riwayat Abu Daud[8].
Adalah sunat bagi
seseorang memulakan perbualannya dengan memberi salam sebelum ia bercakap.
Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis yang masyhur di samping amalan yang
berlaku di dalam masyarakat ummah adalah bersesuaian dengan maksud hadis tersebut dan
masyhur.
6.Kedudukan
Orang Yang Memulakan Percakapannya Dengan Memberi Salam
Adalah
disunatkan bagi dua orang yang baru bertemu masing-masing berusaha agar dapat
memulakan salam kepada rakannya, sabda baginda: "Orang yang terbaik di
antara keduanya ialah orang yang memulakan salamnya (kepada rakannya)." Di
dalam Hadis yang lain baginda telah bersabda: "Sesungguhnya orang yang
paling utama di sisi Allah ialah orang yang memulakan percakapannya dengan
mereka dengan memberi salam.
7.Siapakah Yang Seharusnya
Memulakan Salam
Bagi
seorang yang menaiki kenderaan/menunggang binatang adalah sunat memberikan
salam kepada seorang yang berjalan kaki, seorang yang be.rjalan kaki adalah
sunat memberikan salam kepada seorang yang duduk, seorang yang kecil adalah
sunat memberikan salam kepada orang dewasa dan kumpulan yang kecil bilangannya
adalah sunat memberikan salam kepada kumpulan yang besar bilangannya[9].
Sekiranya
orang yang berjalan kaki memberikan salam kepada orang menaiki kenderaan/
menunggang binatang, ataupun seorang yang duduk memberikan salam kepada orang yang
berjalan kaki ataupun seorang dewasa memberikan salam kepada seorang
kanak-kanak ataupun kumpulan yang bilangannya kecil memberikan salamnya kepada
kumpulan yang bilangannya besar tidaklah dihukum makruh tetapi amalan begini
adalah bercanggah dengan kedudukan yang lebih utama dari segi praktiknya. Sunat
memberikan salam ini adalah bagi dua orang atau pun lebih
yang bertemu di jalan raya. Jika seseorang itu tiba di hadapan seorang yang
sedang duduk ataupun sampai kepada sekumpulan orang, maka orang yang datang itu
disunatkan memberikan salamnya sama ada ia seorang yang masih muda ataupun
seorang yang sudah tua, sama ada bilangannya sedikit ataupun banyak. Terdapat
sebuah Hadis yang menjadi hujah pendapat ini riwayat Abu Hurairah, katanya:
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Orang yang menunggang hendaklah
memberikan
salamnya kepada orang yang berjalan orang yang berjalan memberikan salamnya
kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit bilangannya memberikan salam
mereka kepada orang yang banyak bilangannya." Hadis riwayat al-Bukhari dan
juga Muslim. Di dalam riwayat yang lain oleh al-Bukhari baginda s.a.w. telah
bersabda: "Hendaklah yang kecil memberikan salamnya kepada yang besar[10].
8.Memberi Salam di Dalam
Bahasa Lain Selain Daripada Bahasa Arab
Al-Rafi'i
telah menyebut tiga pendapat fuqaha' Mazhab Shafi'i yang berkaitan dengan hukum
salam yang diberikan di dalam bahasa lain selain dari bahasa Arab, menurut
salah satu pendapat tersebut memberikan salam di dalam bahasa lain selain
daripada bahasa Arab adalah tidak memadai. Menurut pendapat yang ke-dua dihukum
sebagai memadai. Menurut pendapat yang ketiga pula sekiranya orang yang
memberikan salam itu pandai berbahasa Arab maka salamnya di dalam bahasa lain adalah tidak memadai, jika tidak,
maka memadai bagi pihak dirinya. Pendapat yang terkuat ( al-sahih) di
antara ketiga-tiga pendapat tersebut ialah pendapat yang mengatakan sah salam
itu dengan bahasa asing dan wajib dijawab oleh orang yang diberikan salam itu
jika ia memahami maksudnya sama ada ia mengetahui bahasa Arab ataupun tidak
kerana walaupun di dalam bahasa asing ia tetap dinamakan sebagai penghormatan
dan salam. Tetapi bagi orang yang tidak betul sebutan salamnya maka harus
baginya memberikan salamnya sekadar yang termampu menurut persetujuan seluruh
fuqaha. kerana ia dianggap sebagai berada di dalam keadaan darurat.
9.Memberikan Salam Ketika
Keluar Majlis
Adalah
disunatkan juga bagi seseorang yang ingin keluar dari sesuatu majlis memberikan
salamnya kepada rakan- rakannya yang akan ditinggalkan ketika ia bangun hendak
meninggalkan mereka kerana terdapat sebuah Hadis yang sahih riwayat Abu
Hurairah. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: " Apabila salah
seorang di antara kamu sampai ke suatu majlis maka hendaklah ia memberikan salamnya.
dan apabila ia bangun hendak berpisah dengan mereka maka hendaklah ia
memberikan salamnya. dan salamnya pada kali pertama tidaklah melebihi
keutamaannya dari salamnya yang terakhir[11]. Seorang ulama' Mazhab Shafi'i yang terkenal dengan
panggilan al-Shashi menegaskan bahawa memberi salam itu adalah sunat ketika
hendak berpisah sama seperti ia disunatkan ketika mula bertemu.
10.Memberi Salam Kepada
Kanak-kanak
Sunat
memberikan salam kepada kanak-kanak ataupun sekumpulan kanak-kanak kerana terdapat sebuah hadis riwayat Anas r.a "bahawa Nabi
s.a.w. telah memberikan salamnya kepada sekumpulan kanak-kanak ketika baginda
lalu berhampiran mereka. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Di dalam riwayat Abu Daud
disebutkan bahawa Nabi s.a.w. telah lalu di samping sekumpuIan kanak-kanak yang
sedang bermain. lalu baginda memberikan salamnya kepada mereka.[12] Di
dalam riwayat Ibn al- Sunni baginda telah bersabda: السلام عليكم hai kanak-kanak. Apabila diberikan salam kepada kanak- kanak
maka menurut pendapat al-Mutawalli dan ulama. lain di dalam Mazhab Shafi'i
tidaklah diwajibkan ke atasnya menjawab salam itu kerana ia bukanlah seorang mukallaf,
tetapi disunatkan ia menjawabnya. Jika diberikan salam kepada sekumpulan
orang, di antara mereka terdapat seorang kanak-kanak lalu kanak-kanak itu
menjawab salam itu tanpa dijawab oleh orang-orang yang sudah baligh, maka menurut
pendapat al-Qadi Husain, al-Mutawalli, al-Rafi'i dan lain-lain, jawapan
kanak-kanak itu tidak menggugurkan hukum fardu/wajib menjawab salam ke atas
orang-orang yang baligh kerana menjawab salam dihukum sebagai fardu sedangkan
kanak-kanak bukanlah dari kalangan orang yang layak menunaikan sesuatu fardu.
Menurut pendapat al-Shasi gugur tanggungjawab menjawabnya daripada bebanan
mereka sama seperti sah azannya bagi orang-orang dewasa. Pendapat yang terkuat
di sini ialah pendapat yang pertama.
Jika seorang kanak-kanak memberikan salamnya kepada
seorang yang sudah baligh maka menurut pendapat yang terkuat di kalangan
fuqaha' Mazhab Shafi'i adalah wajib ia menjawabnya kerana berdasarkan kepada
maksud yang umum daripada firmanNya:
وإذا
حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها
(al-Nisa',4 :86)
Bermaksud:Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan
sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, ataupun balaslah dia (dengan cara yang sama).
11.Sa1am Seorang Lelaki
Untuk Seorang Perempuan
Sa1am
daripada seorang perempuan untuk seorang perempuan yang lain adalah sama
seperti salam daripada seorang lelaki untuk seorang lelaki yang lain dari segi
ceraian dan hukumnya. Tetapi jika seorang lelaki memberikan salamnya kepada
seorang perempuan ataupun sebaliknya, sekiranya di antara mereka berdua
terdapat hubungan kekeluargaan yang mengharamkan perkahwinan di antara mereka
ataupun hubungan suami isteri ataupun perempuan itu adalah hambanya maka
dihukum sunat memberikan salam dan wajib menjawabnya ke atas mereka berdua.
Jika tidak ada langsung kedua-dua hubungan tersebut di antara mereka maka tidak
disunatkan bagi sesiapa pun memberikan salam kecuali jika seseorang perempuan
itu seorang perempuan tua yang tidak mungkin akan menimbulkan fitnah[13].
Al-Mutawalli berkata: Jika seseorang lelaki memberikan salamnya kepada seorang
perempuan yang masih remaja maka tidak harus bagi perempuan itu menjawabnya dan
kalau si perempuan itu memberikan salamnya kepada lelaki maka makruh bagi
lelaki itu menjawab salamnya. Jika seorang lelaki memberikan salamnya kepada
sekumpulan orang perempuan ataupun sekumpuIan orang lelaki memberikan salamnya
kepada seorang perempuan maka pemberian salam itu adalah sunat sekiranya tidak
ditakuti menimbulkan apa-apa fitnah di kalangan mereka. Pendapat ini
berdasarkan kepada sebuah hadis riwayat Asma' binti Yazid, katanya: "Nabi s.a.w. telah lalu berhampiran dengan kami sekumpulan
orang- orang perempuan, lalu baginda memberikan salamnya kepada kami[14]."
Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi.
12.Memberi Salam Kepada
Orang Fasiq
Adapun
salam kepada seorang ahli bid'ah, seorang fasiq yang jelas kefasikannya dan
seorang yang telah melakukan dosa besar yang belum lagi bertaubat dari dosanya
itu, menurut pendapat yang terkuat tidaklah sunat, malah sunat tidak diberikan
salam kepadanya, pendapat ini datangnya daripada Ibn 'Umai dan al- Bukhari. Ibn
'Umar berkata: "janganlah kamu memberikan salam kepada para peminum arak."
Al-Bukhari pula berkata: janganlah dijawab salam daripada sesiapapun di antara
mereka." Tetapi menurut pendapat kedua, sunat memberikan salam kepada
mereka kerana tiap seorang daripada mereka adalah muslim.
13.Terpaksa Memberi Sa1am
Jika
seseorang itu terpaksa memberikan salamnya kepada sekumpulan orang yang zalim seperti ia datang kepada mereka dan ditakuti akan berlaku ke atas dirinya
sesuatu yang tidak
diingini sama ada dari segi agama ataupun lainnya kalau ia tidak memberikan
salamnya kepada mereka maka harus ia memberikan salamnya. Ibn Arabi, seorang ulama' di dalam Mazhab Maliki, berkata Hendaklah ia bemiat pada saat itu bahawa salam itu sebagai salah satu nama di antara beberapa nama
Allah
s.w.t. sahaja,
maknanya AIlah senantiasa memerhati
gerak-geri kamu."
14.Jika Orang Gila Ataupun Mabuk Memberi Sa1am
Jika
seorang gila ataupun mabuk memberikan salamnya kepada seseorang adakah wajib ke
atasnya menjawab salam
kedua-duanya? Terdapat dua pendapat di dalam masala ini menurut cacatan
al-Rafi'i. Pendapat yang terkuat mengatakan tidak wajib ke atasnya menjawabnya kerana ucapan orang gila dan orang mabuk tidak
diambil kira di dalam
perkara ibadat.
15.Salam Daripada Seorang Muslim Kepada Seorang Kafir
Adakah
harus seorang muslim memberikan salamnya kepada orang-orang kafir? Menurut
pendapat yang terkuat dan ini juga merupakan pendapat jumhur fuqaha' Mazhab
Shafi'i, tidak harus seorang muslim memberikan salamnya orang-orang kafir. Cuma al-Mawardi di dalam kitabnya
al-Hawi menyebut dua pendapat berkaitan dengan masalah ini,
salah satunya sama seperti pendapat jumhur. Menurut pendapat yang kedua, harus
bagi seseorang muslim memberikan salamnya kepada mereka dengan menyebut السلام عليك (salam sejahtera untuk engkau)
sahaja, bukannya السلام
عليكم (salam sejahtera untuk kamu) Tetapi pendapat yang kedua ini dianggap oleh
al-Nawawi sebagai satu pendapat yang ganjil dan daif.
16.Salam Daripada Seorang
Kafir
Apabila
seorang kafir dhimmi memberikan salamnya kepada seorang muslim, maka si
muslim hendaklah menjawab dengan berkata:
" وعليكم " (dan juga untuk kamu) sahaja tanpa
membuat apa-apa penambahan ke atas perkataan itu. Inilah pendapat yang terkuat
di dalam Mazhab Shafi'i dan juga pendapat jumhurnya. Tetapi al- Mawardi
menyebut satu pendapat lagi yang
mengharuskannya berkata di dalam jawapannya وعليكم السلام tanpa menambah "ورحمة الله " di akhimya.
Menurut al-Nawawi, pendapat yang kedua ini adalah pendapat yang ganjil dan
daif.
Dalil
bagi pendapat yang terkuat bagi kedua-dua masa- lah di atas ialah Hadis
Rasulullah riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Bermaksud: Janganlah kamu mulai memberi salam kepada Yahudi
dan Nasrani. Apabila kamu berjumpa di jalan dengan salah seorang daripada
mereka itu, maka desakIah (bila kelihatan mereka. menyombongkan diri) ia ke
jurusan yang sempit."
Dan
diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم[16]
Bermaksud: Apabila ahli al-kitab memberikan salam kepada kamu,
maka jawablah, “وعليكم”
Diriwayatkan
juga daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
إذا سلم عليكم أهل اليهود فإنما يقول أحدهم: السام عليك
فقل وعليك
Bermaksud: Apabila orang -orang Yahudi memberikan
salam kepada kamu, sesungguhnya setiap orang di antara mereka berkata: Kematian
ke atas kamu, maka hendaklah kamu menjawab: وعليك (dan juga untuk engkau).
Hadis riwayat aI-Bukhari.
17.Muslim Memberi Sa1am
Kepada Kafir Dhimmi
Jika
seorang muslim memberikan salam kepada seseorang yang disangkanya muslim tetapi
ternyata sesudah itu ia adalah seorang kafir maka menurut pendapat al-
Mutawalli dan lainnya di kalangan fuqaha' Mazhab Shafi'I disunatkan ia menarik
balik salamnya itu dengan berkata: "Berikan kembali salam saya itu,"
ataupun ia berrkata: "Saya menarik balik salam saya itu." Tujuan
tindakan itu ialah agar ia merasa bahawa ia keseorangan dan tidak ada kemesraan
di antara mereka berdua. Tetapi Malik telah menyebut di dalam kitab al-
Muwatta'nya daripada Ibn 'Umar bahawa beliau berpendapat, tidak
perlu ia menarik balik salamnya itu. Irrilah pendapat yang menjadi pilihan Ibn
al-' Arabi dari kalangan ulama' Mazhab Maliki.
Jika seseorang muslim lalu berhampiran dengan satu
majlis yang mengandungi orang-orang kafir dan muslim ataupun seorang muslim
sahaja yang ada bersama-sama mereka maka sunat ia memberikan salamnya kepada
mereka dengan diniatkan untuk orang-orang Islam sahaja kerana terdapat sebuah
Hadis riwayat Usamah r.a,
"bahawa Nabi s.a.w. telah lalu berhampiran dengan satu majlis yang
mengandungi orang-orang Islam dan kafir musyrik penyembah berhala serta Yahudi,
lalu Nabi memberikan salamnya
kepada mereka." Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jika seseorang kafir menulis salam di dalam
suratnya kepada seseorang muslim maka sunat bagi si muslim itu menjawabnya
seperti yang terdapat di dalam sebuah Hadis daripada Abu Sufian bahawa
Rasulullah s.a.w. telah menulis surat kepada Herculis (pemerintah Rome):
"Daripada Muhammad bin Abdullah, RasulNya, kepada Herculis, pembesar Rome,
salam sejahteralah ke atas orang yang mengikut hidayah (petunjuk yang
benar)."
18.Salam Hormat Seorang
Muslim Untuk Kafir Dhimmi
Jika
seseorang muslim ingin memberi salam hormat kepada seorang kafir dhimmi tanpa menggunakan ungkapan السلام عليكم maka
menurut pendapat al-Mutawalli dan juga al-Rafi'i adalah diharuskan, seperti
katanya: " Allah memberi petunjukNya kepada kamu," ucapan begini
diharuskan dan tidak mengapa. Jika ia perlu memberi salam hormat kepadanya
kerana bertujuan
mengelakkan dirinya dari tindakan jahatnya maka bolehlah ia berkata: "
Allah memberikan kebaikan, ataupun kebahagiaan, ataupun kesihatan, ataupun
kegembiraan kepada. kamu di pagi ini," dan ungkapan-ungkapan lain yang
seumpamanya. Tetapi jika tidak ada sebarang keperluan maka eloklah ia tidak
menyebut apa-apa ucapan penghormatan kepadanya.
19.Beberapa Keadaan Yang
Tidak Digalakkan Seseorang Memberikan Salam
Menurut fuqaha' Mazhab Shafii terdapat beberapa keadaan yang tidak digalakkan
seseorang muslim memberikan salamnya kepada rakannya seperti memberi-kan salam
kepada seorang yang sedang kencing ataupun berjima' ataupun sedang tidur ataupun terlalu mengantuk ataupun
kepada seorang yang berada di dalam bilik air. Memberi salam
kepada mereka dihukum makruh begitulah
hukum menjawabnya. Kata Abu Muhammad dan al-Mutawalli tidak digalakkan memberi
salam kepada seorang yang sedang
makan. Kata Imam al-Haramain, tidak digalakkan itu ialah
ketika
makanan memenuhi mulutnya. Imam al- Ghazali pula mengatakan tidak
digalakkan memberi salam kepada
seorang yang sedang sembahyang. Pendapat ini ditentang oleh jumhur dan
al-Mutawalli yang mengatakan harus memberikan salam kepadanya, tetapi
salam itu tidak layak dijawab sama
ada dengan segera ataupun sesudah ia selesai sembahyang, sama ada dengan menggunakan
lafaz/ungkapan ataupun menerusi
isyarat. Menurut Imam al-Shafii, sunat menjawab dengan menerusi isyarat
semasa di dalam sembahyang.
Pendapat ini adalah daripada qaul qadimnya yang tidak terdapat tentangan
di dalam qaul jadidnya. Al-Rafi'i pula menyebut satu pendapat lain
mengatakan wajib dijawab salam itu dengan menerusi isyarat, dan satu pendapat
lagi mengatakan wajib dijawab apabila selesai sembahyang. Menurut al-Nawawi bahawa salam itu tidak wajib dijawab secara mutlak. Inilah pendapat yang terkuat pada
penilaian beliau. Sekiranya orang yang sedang
sembahyang itu menjawab ungkapan وعليكم السلام dan ia mengetahui hukumnya haram
maka terbatallah sembahyangnya, jika tidak maka tidak terbatal sembahyangnya
menurut satu pendapat
terkuat.
Begitu juga dihukum makruh memberikan salam kepada
seorang yang sedang membaca talbiyyah sama ada untuk ibadat haji ataupun
'umrah. Tetapi jika ia diberikan salam maka menurut pendapat al-Shafi'i dan
fuqaha' mazhabnya hendaklah ia menjawabnya secara lisan. Memberikan salam kepada tukang azan semaga ia mengazankan sembahya:ng adalah sama seperti memberi salam kepada orang yang sedang membaca talbiyyah.
Orang yang sedang membaca al-Quran harus diberikan
salam kepadanya menurut pendapat yang terkuat di dalam Mazhab Shafii dan wajib
ia menjawab salam itu secara
lisan. Menjawab salam ketika azan, qamat dan makan tidak dihukum makruh menurut
pendapat al-Nawawi,
tetapi menjawab semasa sedang bejimak dan kencing dihukum makruh.
20.Memberi Salam Ketika
Memasuki Rumah Sendiri
Adalah
gunat bagi seseorang yang memasuki rumahnya, ataupun rumah orang lain, atau pun
masjid yang tidak ada sesiapapun di dalamnya memberikan salamnya[17] dengan
berkata:
السلام
علينا وعلى عباد الله الصالحين، السلام عليكم أهل البيت ورحمة الله وبركاته
Bermaksud: Salam sejahtera untuk kami dan juga para
hamba Allah yang salih, salam sejahtera untuk kamu penghuni rumah,
mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah dan juga keberkatanNya."
A1lah
telah berfirman:
فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله
مباركة طيبة.
(al-Nur, 24:61)
Bermaksud: Maka
apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada
(sesiapa yang se-perti) kamu dengan memohon Allah cara hidup yang berkat lagi
baik."
21.Memberi Sa1am Kepada
Orang Yang Disangkakannya Tidak Menjawab Salamnya
Disunatkan
juga bagi seseorang memberikan salamnya kepada orang perseorangan atau pun sekumpulan orang biarpun pada sangkaannya orang atau kumpulan itu tidak
akan menjawab salamnya, kerana bagi pihak dirinya ia digalakkan memberi salam
kepada orang lain bukannya menjawab salam, dan lagi kemungkinan sangkaannya
tidak betul.
22.Beberapa Ucapan Yang
Seakan Salam
Kata
al-Mutawalli dan orang-orang lain: Ucapan penghormatan seperti "semoga
Allah lanjutkan kewujudan engkau" adalah batil yang tidak terdapat asalnya
daripada nas syara.. Menurut sebahagian ulama' salaf, ucapan itu dihukum
makruh. Kata sebahagian yang lain pula, ia adalah ucapan penghormatan bagi
orang-orang zindiq. Adapun ucapan ketika seseorang itu keluar dari bilik
mandi, seperti: "Semoga enak kamu mandi", ucapan ini tidak ada
asalnya. Pernah Saidina ' Ali berkata kepada seorang lelaki sebaik sahaja ia
selesai mandi: "Semoga kamu telah bersih dan tidak bemajis lagi. ,,
Apabila seorang yang sedang berjalan berkata kepada rakannya: "Semoga
Allah memenuhkan pagi kamu dengan kebaikan," ataupun
"kebahagiaan", ataupun "Allah memberikan kekuatan," ataupun
"Allah akan terus menghidupkan kamu," ataupun lain-Iain ungkapan yang
sering berlaku di dalam masyarakat hari ini, ucapan-ucapan yang seumpama itu
tidaklah perlu dijawab. Daripada penjelasan yang telah saya berikan yang
berdasarkan kepada catatan al-Nawawi, jelas kepada kita bahawa ucapan " السلام عليكم" hanya harus digunakan di kalangan kaum muslimin sahaja,
dan ia dianggap sebagai satu ibadat di dalam kehidupan seorang muslim, dengan
sebab itu ia disunatkan agar diucapkan oleh seorang muslim kepada rakannya pada
setiap kali mereka bertemu, tanpa dikhususkan dengan tempat-tempat yang
tertentu kecuali di dalam beberapa ketika dan keadaan yang amat khusus seperti
seorang yang sedang betjima', buang air kecil/besar dan sebagainya. Oleh kerana
ia sebagai suatu ibadat, biarpun ia mengandungi kebaikan bagi seluruh manusia,
maka ia dilarang daripada diucapkannya kepada seseorang yang bukan Islam, dan
kalau ia diucapkan kepada kita oleh seorang yang bukan Islam maka kita tidak
digalakkan menjawabnya. Dengan itu saya lebih cenderung mengatakan bahawa
" السلام عليكم " itu adalah ucapan khusus bagri kaum muslimin dan untuk
kaum muslimin yang melambangkan perpaduan mereka dan kecintaan mereka kepada
perdamaian, kesejahteraan dan keamanan. Seseorang yang menganut agama Islam ia
sering didoakan oleh rakan seagamanya pada setiap kali mereka bertemu agar
hidupnya di dalam selamat sejahtera.
[5] Al-Qurtubi,
(1372H), Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Sya`b, jil. 5, hal. 305. Lihat juga dalam
Abu Daud (1990), Sunan Abu Daud, Beirut: Dar al-Fikr, jil. 3-4, hal.518.
Ulasan
Catat Ulasan