Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

HUKUM BERTEPUK TANGAN

Imej
  Sekadar Hiasan 1.           Definisi    Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai al-Tasfiq dan berasal daripada perkataan al-Safq. Ibn Manazur dalam Lisan al-Arab mengatakan bahawa al-Safq ialah pukulan yang boleh menghasilkan bunyi atau suara dan al-Tasfiq beerti menepuk dengan kedua belah tangan, perkataan safaha juga memberi makna yang sama.. Dalam pengertian inilah Rasulullah s.a.w. menggunakan perkataan berkenaan dalam sabdanya, التسبيح للرجال والتصفيق للنساء Bermaksud: Bertasbih itu khusus untuk lelaki dan bertepuk tangan itu khusus untuk wanita (jika berlaku kekhilafan imam ketika bersembahyang) Perkataan al-Tasfiq bi al-Yad pula membawa maksud melakukan tepukan dengan kedua-dua tangan dan perbuatan ini akan mengeluarkan bunyi hasil daripada tepukan, dalam pengertian inilah Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada bertepuk tangan dan bersiul. Hadis ini sebenarnya menerangkan maksud firman Al