HUKUM BERTEPUK TANGAN


 Sejarah Tepuk Tangan
Sekadar Hiasan


1.           Definisi

   Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai al-Tasfiq dan berasal daripada perkataan al-Safq. Ibn Manazur dalam Lisan al-Arab mengatakan bahawa al-Safq ialah pukulan yang boleh menghasilkan bunyi atau suara dan al-Tasfiq beerti menepuk dengan kedua belah tangan, perkataan safaha juga memberi makna yang sama.. Dalam pengertian inilah Rasulullah s.a.w. menggunakan perkataan berkenaan dalam sabdanya,

التسبيح للرجال والتصفيق للنساء

Bermaksud: Bertasbih itu khusus untuk lelaki dan bertepuk tangan itu khusus untuk wanita (jika berlaku kekhilafan imam ketika bersembahyang)


Perkataan al-Tasfiq bi al-Yad pula membawa maksud melakukan tepukan dengan kedua-dua tangan dan perbuatan ini akan mengeluarkan bunyi hasil daripada tepukan, dalam pengertian inilah Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis

Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang daripada bertepuk tangan dan bersiul.

Hadis ini sebenarnya menerangkan maksud firman Allah s.w.t dalam surah al-Anfal (ayat: 35)

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية فذوقوا العذاب بما كنتم تكفرون


Bermaksud: Sembahyang mereka di sekitar baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan, maka rasakan azab diseebabkan kekafiran kamu.


2.           Pandangan Ulama` pada perbuatan bertepuk tangan

   Perkara ini banyak dibincangkan oleh para fuqaha` dalam tajuk solat, yang menyebut secara langsung keharusan makmum menegur imam ketika berlaku kesalahan dalam solat. Fuqaha` menetapkan bahawa menjadi kewajipan makmum menegur imam apabila berlaku kesilapan dalam solat, teguran ini diperincikan dengan mengkhususkan tasbih bagi kaum lelaki dan menepuk tangan bagi kaum wanita. Namun perbincangan bertepuk tangan ini hanya pada masalah sembahyang sahaja, begitu juga pada hadis-hadis lain hanya berkisar pada masalah tersebut sahaja. Kalaupun ada hadis  Cuma mengatakan budaya masyarakat Arab yang bertepuk tangan ketika berjual beli sebagai tanda persetujuan mereka.

   Para Mufassirin pula mengatakan perkataan al-Muka` dan al-Tasdiyyah yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah siulan dan bertepuk tangan. Perbuatan ini dilakukan oleh orang kafir  telah mengganggu sembahyang dan bacaan al-Quran Rasulullah dan kaum muslimin dan ia merupakan sebab mengapa ayat ini diturunkan. Tepukan dan siulan itu mendatangkan perbuatan tidak senang kepada Rasulullah dan orang-orang Islam sehingga Rasulullah menegah perbuatan tersebut. Namun tegahan ini masih terdapat pengecualian.


3.           Hukum bertepuk tangan

Dalam kitab-kitab terdahulu tidak ramai para fuqaha` atau muhaddisin yang membincangan masalah tepuk tangan di luar waktu sembahyang.
Walaupun ia ada dibincangkan oleh para ulama` dalam mazhab al-Syafie tetapi perbincangan itu terlalu ringkas.

   Al-Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj (hal.47) menyatakan tepukan tangan dengan bertujuan menyamai kaum wanita adalah haram, tetapi jika ia dilakukan dengan tujuan lain hukumnya adalah makruh

    Manakala Syeikh Ibrahim al-Baijuri dalam kitab Hasyiah memperincikan pandangan al-Ramli dengana mengatakan Perbuatan bertepuk tangan di luar waktu sembahyang jika dilakukan dengan tujuan untuk mempermain atau untuk mempersenda ia adalah haram, tetapi jika sebaliknya ia adalah makruh, dan ini merupakan pandangan muktamad al-Ramli.

   Al-Imam Ibn Hajar dalam Syarakh al-Irsyad sebaliknya berpendapat bertepuk tangan yang diirngi dengan bunyian meskipun dengan tujuan mempermainkan atau mempersenda adalah makruh. Pandangan ini disokong oleh al-Mawardi,al-Syasyi dan al-Kafi.

   Apa yang nyata hukum makruh bertepuk tangan ialah apabila ia diamalkan ketika keadaan tidak memerlukan. Tetapi apabila ia diperlukan maka hukumnya adalah harus  malah dituntut untuk dilakukan. Perkara ini dikategorikan oleh ulama` dalam keadaan mengiringi alunan nasyid, guru mengajar, wanita bermain dengan kanak-kanak, memberi semangat,  memeriahkan majlis dan yang seumpama dengannya.


4.           Analisis

    Apa yang jelas bertepuk tangan adalah makruh dalam keadaan yang tidak memerlukan. Dalam Usul Fiqh makruh ialah melakukan tidak dianggap berdosa tetapi hanya mengurangkan ganjaran daripada Allah s.w.t..dan meninggalkannya akan diberi ganjaran

  Hukum Makruh ini sebenarnya berlaku dalam keadaan yang tidak dituntut oleh budaya seperti mempermain, mengganggu, mengejek dan sebagainya.

   Ibn Manzur ketika mengulas hadis Rasulullah s.a.w. “tegahan yang dimaksudkan oleh Baginda ialah tepukan yang bertujuan untuk melalai dan mempermainkan, kerana apa yang dilakukan oleh orang kafir itu telah mengganggu solat dan bacaan al-Quran  Rasulullah s.a.w.


5.           Cara Tepukan

      Tidak ada penditilan dalam membicarakan persoalan ini. Ibn Hajar mengatakan tepukan itu boleh dilakukan dengan cara menepuk kedua-dua belah tangan.

     Dalam solat terdapat 5 cara tepukan untuk menegur imam, hanya dua cara dipertikaikan itupun hanya beralasan kerana ia cenderung untuk mempersenda atau mempermain-mainkan. Lima cara yang diharuskan ialah:
i.                     Menepuk belakang tangan kanan atas tapak tangan kiri.
ii.                   Menepuk belakang tangan kiri atas tapak tangan kanan .
iii.                 Menepuk belakang tangan kanan dengan belakang tangan kiri.
iv.                 Menepuk belakang tangan kiri dengan belakang tangan kanan.
v.                   Menepuk dengan kedua-dua tapak tangan.


6.           Kesimpulan

Tepuk tangan bukanlah perbuatan yang menyalahi syarak, malah dalam keadaan tertentu ia diperlukan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya