Aplikasi vaksin dan kerelevenan Zakat terhadap Mangsa Banjir bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah
Vaksin Melaksanakan perancangan imunisasi kepada anggota masyarakat bagi menghalang penyakit berjangkit. [1] Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia (JAKIM, 2015) menjelaskan bahawa penggunaan vaksin bagi menghalang penyebaran virus adalah dibenarkan. Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi) [2] Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit. Antara vaksin yang telah difatwakan harus ialah vaksin Rubela, Haptitis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio, Meningococcal Meningitis jenama Mencevax, jenama Menveo, jenama Monument, jenama Menactra, dan vaksin Human Papilloma Virus –HPV. [3] Perancangan imunisasi ini adalah bertujuan untuk mencegah