Aplikasi vaksin dan kerelevenan Zakat terhadap Mangsa Banjir bagi memenuhi tuntutan Maqasid Syariah

 

Vaksin

Melaksanakan perancangan imunisasi kepada anggota masyarakat bagi menghalang penyakit berjangkit.[1] Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia (JAKIM, 2015) menjelaskan bahawa penggunaan vaksin bagi menghalang penyebaran virus adalah dibenarkan. Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi)[2] Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit.

  Antara vaksin yang telah difatwakan harus ialah vaksin Rubela, Haptitis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio, Meningococcal Meningitis jenama Mencevax, jenama Menveo, jenama Monument, jenama Menactra, dan vaksin Human Papilloma Virus –HPV.[3] Perancangan imunisasi ini adalah bertujuan untuk mencegah kemudaratan di mana penyakitpenyakit di atas merupakan salah satu mudarat yang boleh mengancam nyawa dan tiada sebarang jalan yang lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. Antara Kaedah yang digunapakai bagi isu vaksin adalah[4]:

 لا ضرر ولا ضرار 1.

Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan.

Kaedah di atas merupakan kaedah yang diambil daripada hadis . Sebagai contoh sekiranya dengan mengambil vaksin tersebut akan memudaratkan seseorang itu, maka perbuatan yang tidak mengambil vaksin tersebut akan menyebabkan manusia lain terkena mudarat. Maka disebabkan itu perlu kepada vaksinasi.

 الضرر يُ زَال 2.

Kemudharatan itu disingkirkan.

Kaedah ini dapat diaplikasikan dah menepati kaedah apabila untuk mengelakkan seseorang daripada penyakit yang berbahaya, maka ia harus disingkirkan dengan pengambilan vaksin.

[5] الضرار الاشد يزال بالضرر الاخف5 3.

Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan 

Kaedah ini bertepatan dengan situasi vaksinasi ini sekiranya vaksin ini mempunyai kemudaratan juga akan tetapi sekiranya bertembung dengan penyakit berbahaya yang tidak mempunyai kaedah lain, maka kemudaratan yang besar itu dapat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan. Dengan kata lain perkara kaedah ini terpakai apabila bertembung dengan dua kemudaratan

 Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh vaksin yang dikemukakan. Jelas diketahui bahawa ia tiada pilihan lain untuk merawat dan merupakan keperluan untuk mengambil vaksin bahkan wajib pada ketika Covid-19 ini[6]. Maka, pengambilan vaksin adalah satu keperluan untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar dan demi menjaga nyawa (hifz al-nafs) iaitu nyawa pesakit dan menjaga harta (hifz al-mal) dalam konteks perlu keluarkan banyak perbelanjaan untuk perbuatan-perubatan lain dan berkala sedangkan vaksin ini menjimatkan perbelanjaan individu dan juga perbelanjaan kerajaan 

  

Zakat terhadap Mangsa Banjir 

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan satu ujian bencana alam banjir yang memberi kesan kepada beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Menurut akhbar harian metro yang bertarikh 11 January 2021, serama 23,938 mangsa telah terkesan daripada bencana alam banjir.[7] Banjir merujuk kepada badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem  perparitan  yang  disebabkan  oleh  hujan  lebat,  pencairan  ais,  air  pasang,  dan halangan pada saluran.[8] Oleh yang demikian sudah tentu mangsa-mangsa yang terjejas telah terkesan dengan teruk rentetan kejadian bencana ini. Justeru mangsa-mangsa ini memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa bagi mengahdapi situasi ini. 

 Kedudukan mangsa banjir di dalam zakat tidak dijelaskan dengan nyata seperti di dalam ayat quran Surah Al-Taubah ayat 60 

إِمنَّا الصمدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِ لِينَ عَلَيْ  هَا وَالْمُؤَلمفَةِ قُ لُوبُ هُمْ وَفِِ الرِّقَابِ  وَالْغَارمِينَ وَفِِ

سَبِيلِ اللمهِ وَابْنِ ال مسبِيلِ  ۖ  فَريضَةً مِنَ اللمهِ  ۖ  وَاللمهُ عَ لِيمٌ حَكِيمٌ 

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, penguruspengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini jelas menerangkan lapan golongan yang berhak menerima zakat. Namun terdapat beberapa pandangan daripada sarjana Islam yang membenarkan zakat kepada mangsa banjir. Merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharuskan pemberian zakat kepada mangsa banjir. Dasar pandangan ini adalah dengan menetapkan mangsa banjar terdiri daripada golongan al-gharimin. [9] Pandangan ini selari dengan Dr Yusuf Qardhawi di dalam kitab Fiqh Zakat yang menyatakan “aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan” 

Kesimpulannya, islam membolehkan memberi zakat kepada golongan yang di dalam darurat dalam  hal ini mangsa banjir tersebut dikira sebagai darurat kerana perlu menanggung hutang akibat daripada kerosakan harta benda. Namun, pemberian zakat ini hendaklah menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang memerlukannya ini kerana antara objektif syariah bagi kewajipan zakat adalah meringankan beban.[10] Justeru bedasarkan pemahaman kepada objektif inilah membuatkan para ilmuan menetapkan hukum zakat kepada mangsa banjir melalui kaedah fiqh ad-darurat tunbih al munzihat yag merujuk kepada darurat mengharuskan yang haram bedasarkan maqasid syariah menjaga nyawa.[11]

 

 


[1] Arieff Salleh Rosman, Nurulhidayah ahmad fadzillah, Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin ,Aminuddin Hehsan ,Mifedwil Jandra & Nor Azwa Omar Jamli. "Fatwa & Sains Perubatan Moden Menurut Perspektif Maqasid Syariah." International Journal of Islamic and Civilizational Studies 02, no. 2 (2019): 151-64.

[2] Nadzirah, “Irsyad al-Fatawa ke-30: Hukum Vaksin daripada Perspektif Islam,” laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dicapai 13 Januari 2021, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwaumum/2069-30  

[3] Arieff Salleh Rosman, Nurulhidayah ahmad fadzillah, Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin ,Aminuddin Hehsan ,Mifedwil Jandra & Nor Azwa Omar Jamli. "Fatwa & Sains Perubatan Moden Menurut Perspektif Maqasid Syariah." International Journal of Islamic and Civilizational Studies 02, no. 2 (2019): 151-64.

[4] Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ”Bayan Linnas Siri ke-59: Hukum Pengambilan Vaksin dari Sudut Pandangan Fiqh &

Maqasid Syariah [Edisi Kemaskini],” laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dicapai 14 Januari 2021, https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1163-bayan-linnas-siri-59-vaksin-sudutpandang-dari-neraca-fiqh-maqasid-syariah

[5] Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh (Kundang Jaya, Selangor: Pustaka Salam Sdn Bhd, 2000), 180

[6] Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ”Bayan Linnas Siri ke-59: Hukum Pengambilan Vaksin dari Sudut Pandangan Fiqh & Maqasid Syariah [Edisi Kemaskini],” laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dicapai 14 Januari 2021, https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1163-bayan-linnas-siri-59-vaksin-sudutpandang-dari-neraca-fiqh-maqasid-syariah  

[7] Asrol Awang,”23,938 mangsa banjir di Pahang,” laman sesawang my metro, dicapai 14 Januari 2021, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/662605/23938-mangsa-banjir-di-pahang      

[8] M.F, Siti & Ab Rahman, Azman & Ahmad, Sanep & Wahid, Hairunnizam. Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penerima Zakat Dan Cadangan Pengaplikasiannya Di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa.(2016) vol 8 : 54-62

[9] Zulkifli Mohamad Al- Bakri, “Irsyad al-Fatwa ke-14: Hukum Memberi Zakat kepada Mangsa Bencana Alam seperti Banjir dan lain-lain,” laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dicapai 14 Januari 2021, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2054-14    

[10] Ramli, Mohd Anuar & Wahid, Habibah & Rosele, Muhammad. Penentuan Asnaf Zakat Kepada Mangsa Banjir Di Malaysia: Satu Cadangan.

[11] M.F, Siti & Ab Rahman, Azman & Ahmad, Sanep & Wahid, Hairunnizam. Kedudukan Mangsa Banjir Sebagai Penarima Zakat Dan Cadangan Pengaplikasiannya Di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. (2016) vol 8 : 54-62

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

Saidina Umar Dan Isterinya

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA