Apakah Perlindungan anak tak sah taraf?

1.0 Pendahuluan
            Istilah kanak-kanak seperti yang selalu digunakan di dalam kitab-kitab fiqh iaitu sabiy, Ghulam, dan saghir bagi kanak-kanak lelaki, dan sabiyyah, jariyah dan sahgirah bagi kanak-kanak perempuan.[1] Manakala menurut seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 bahawa kanak-kanak ditakrifkan sebagai seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun.[2]Pada kebiasaanya, ibu bapalah yang menjaga dan memberi perlindungan kepada setiap anak-anak yang mana merangkumi memberi keperluan yang secukupnya kepada anak-anak seperti keperluan daripada segi pakaian, makanan dan tempat tinggal. Selain itu, tugas ibu bapa juga adalah untuk mendidik anak-anak daripada kecil sehinggalah meningkat dewasa. Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan kebajikan terhadap setiap manusia sama ada dewasa mahupun sebaliknya. Jadi disebabkan itulah islam telah menitik beratkan hak terhadap kanak-kanak.
            Namun tidak semua kanak-kanak itu bernasib baik, iaitu bagi mereka yang lahir tidak mempunyai ibu atau bapa. Ianya berlaku bukanlah disebabkan kematian salah satu daripada ibu bapa mereka, namun ianya berlaku disebabkan mereka lahir diluar perkahwinan yang sah dari segi syarak[3] atau umumnya juga mereka ini dikenali sebagai anak luar nikah atau anak zina.[4]Menurut statistik perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara antara 2010 sehingga 2018, seramai 172,811 anak tak sah taraf yang beragama islam di Malaysia yang di daftarkan yang mana terbahagi kepada dua kategori, iaitu lahir dalam ikatan yang sah tetapi gagal didaftarkan dan selebihnya adalah anak zina.[5]Ini merupakan anak yang didaftarkan dan bagaimana pula yang tidak didaftarkan? Sudah tentu jumlah tersebut meningkat.
Hal yang demikian adalah terjadi disebabkan faktor masyarakat yang mana memandang serong terhadap mereka yang melahirkan anak zina sehinggakan perkara ini menyebabkan mereka yang terlanjur merahsiakan kandungan daripada pengetahuan ahli keluarga. Jadi disebabkan itulah isu anak tak sah taraf di Malaysia menjadi masalah sosial yang mana tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat hari ini.
            Jadi persoalannya di sini, siakah yang perlu bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini terutamanya dalam aspek nafkah? Adakah bebanan tersebut hanya pada ibu yang melahirkannya atau ibu bapa angkat kanak-kanak tersebut? Selain itu apakah perlindungan-perlindungan yang diberikan dalam aspek hak kanak-kanak tersebut.
2.0 Konsep Anak Tak Sah Taraf
Anak tidak sah taraf atau anak zina adalah anak yang dilahirkan oleh ibunya yang berzina sama ada ibu itu telah berkahwin atau dara. Jumhur telah bersepakat bahawa anak zina tidak dinasabkan kepada bapanya kecuali pada zaman jahiliah, dan Ibnu Taimiyyah mengkategorikan anak luar nikah ini sebagai anak yatim.[6] Manakala daripada sudut perundangan, anak sah taraf ini adalah:[7]
Tak sah taraf, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya
dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;
            Selain itu, menurut para fuqaha’ bahawa anak tak sah taraf itu adalah anak yang tidak boleh disabitkan nasabnya kepada penzina melainkan persetubuhan itu disandarkan kepada pernikahan yang sah atau fasid atau syubhah atau dari hamba yang dimiliki atau syubhah hamba yang dimiliki, maka boleh dinasabkan kepada penzina dan kedua-duanya boleh diwarisi dan mewarisi antara satu sama lain.[8] Menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57(“Muzakarah Fatwa Kebangsaan”) yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakah tersebut telah memutuskan seperti berikut:[9]
1.     Anak Tak Sah Taraf ialah: Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
2.     Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwin qamariah daripada Tarikh tamkin (setubuh)
Dalam memastikan sama ada seseorang anak itu sah taraf atau tidak, mazhab-mazhab fiqh meletakkan tempoh tertentu sebagai tahap maksimum tempoh mengandung. Sebagai contoh, menurut Mazhab Hanafi tempoh maksimum kanduangan adalah dua tahun dari saat persetubuhan dan kelahiran anak. Manakala menurut pendapat Mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian besar Ulama Maliki berpendapat bahawa tempoh maksimum kandungan adalah selama empat tahun dan ulama telah bersepakat bahawa tempoh minimum suatu kandungan adalah dalam tempoh enam bulan.[10] Oleh itu, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan akan dikira sebagai anak tak sah taraf.
3.0 Hak-hak Yang Dijamin Terhadap Anak Tak Sah Taraf[11]
Hak-hak ini adalah hak yang mana semua kanak-kanak sama ada mereka adalah anak sah taraf ataupun anak tak sah taraf. Ini kerana menurut islam, semua manusia itu sama sahaja di sisi agama dan yang membezakannya adalah iman dan taqwa. Jadi ini merupakana beberapa jenis hak yang mana anak-anak yang tak sah taraf ini berhak ke atasnya.
3.1 Pergaulan dan hubungan
Di dalam Islam, anak sah taraf bebas untuk menjalinkan apa-apa hubungan mahupun aktiviti seperti mana yang dilakukan oleh kanak-kanak lain. Islam tidak pernah membezakan latar belakang seseorang itu dan tidak mengajar kepada penganutnya untuk memandang serong terhadap anak-anak tak sah taraf ini. Perlulah diketahui bahawa mereka ini tidak bersalah dan tidak menanggung apa-apa dosa yang berkaitan dengan kesalahan ibu mereka. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT[12]:
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Maksudnya: dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.
Maka jelaslah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh ibunya tidak boleh disandarkan kepada mereka kerana meraka akan bersalah sekiranya mereka itu sendiri melakukan kesalahan. Daripada segi pergaulan anak tak sah taraf (perempuan) dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya, maka hukumnya sama seperti bergaul dengan bukan mahram kecuali lelaki tersebut telah menjadi suami kepada ibunya maka hubungannya sama seperti ayah tiri. Jika anak tak sah taraf itu ialah seorang perempuan, maka wudhu’nya dan wudhu’ suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidaksah taraf atau pun lelaki lain, maka tidak terbatal wudhu’nya kerana menurut pandangan hukum syarak suami ibunya itu adalah mahram (bapa tiri).[13]
Selain itu perhubungan di antara anak sah taraf dengan anak -anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah. Tetapi, ianya tidak sama dengan keluarga sebelah bapanya yang tidak sah keranan ahli keluarga bapanya bukan termasuk dalam ahli keluarganya.
3.2 Penamaan dan Nasab
Anak tak sah taraf dinasabkan pada ibunya.[14]Jika seseorang anak itu dilahirkan hasil daripada persetubuhan yang tiada ikatan perkahwinana yang sah di antara ibunya dengan lelaki (ayah Biologinya) yang mensetubuhinya dan bukan persetubuhan syubhah, maka anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada bapa zina (bapa biologinya)[15]. Sebaliknya hendaklah dibinkan atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama asma‟ ul-husna yang berpangkalkan Abdul.
3.3 Nafkah
Tanggungjawab nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf terletak kepada ibunya.[16]Ini adalah kerana anak tak sah taraf dinasabkan kepada ibunya dan bukanlah kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Nafkah yang dimaksudkan adalah segala perkara yang perlu bagi menyara kehidupan seseorang yang wajib dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadapnya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan keperluan asasi serta perbelanjaan yang berkaitan.[17] Enakmen undang-undang keluarga Islam di seluruh negeri di Malaysia mempunyai peruntukan yang mewajibkan setiap wanita yang melahirkan anak tak sah taraf memberikan nafkah mengikut kemampuannya. Contohnya menurut seksyen 80[18]. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tidak sah taraf:
(1)  Jika seseorang perempuan itu cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tidak sah tafar yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seseorang yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh , apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.
(2)  [Dipotong oleh Akta A902:s 25]
(3)  Elaun bulanan di bawah sekseyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian 
Walaubagaimanapun, sekiranya si ibu tidak mampu menyara nafkah tersebut, kewajipan tersebut akan berpindah kepada waris ibu[19] dan seterusnya akan ditanggung oleh pemerintah jika waris ibu juga berhalangan untuk memberikan nafkah. 
Umumnya terdapat agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara lansung berkaitan dengan wanita yang hamil luar nikah dan anak tak sah taraf antaranya:[20]
(1)  Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Dasar Kanak-Kanak Negara (DKN), Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara (DPKN), Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (DKMN) dan Dasar Sosial Negara (DSN).
(2)  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Rumah Kanak-Kanak, Sekolah Tunas Bestari, Asrama Akhlak, Taman Seri Puteri, Kompleks Penyayang Bakti, Pusat Jagaan Sinar Kasih di Batu Gajah, Perak dan di Sungai Buloh, Selangor.
(3)  Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui program ibu tunggal seperti Inkubator Kemahiran ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
(4)  NGO melalui Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Nurul Hana (PJRPNH) dikelolakan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Kedah dan Baby Hatcy yang dikendalikan oleh OrphanCARE di Petaling Jaya, Selangor.
3.5 Penjagaan atau hadhanah
Hubungan nasab (keturunan) anak tak sah taraf dengan ibu serta ahli keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tak sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan saudara di sebelah ibunya. Seksyen 85[21] memperuntukkan bahawa:
“Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu”
3.6  Harta pusaka:
Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, seseorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya yang tidak sah. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan. Namun sekiranya bapa biologinya ingin memberi hartanya maka ia dibolehkan dengan cara menghibahkan harta. Pemberian tersebut adalah sama seperti pemberian hibah oleh mana-mana pihak sama ada daripada kalangan ahli keluarga mahupun bukan ahli keluarga. 
3.7  Perwalian:
Hak perwalian diri anak tak sah taraf terletak kepada ibunya. Walaubagaimanapun, wali perkahwinan bagi seseorang anak tak sah taraf perempuan dipegang oleh wali hakim[22] iaitu  individu yang diberi tauliah. Ini adalah kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidak mempunyai wali.
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Begitu juga lelaki yang menyetubuhi ibunya tanpa akad nikah yang sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu juga tidak sah menjadi walinya.
3.8  Perkahwinan:
Keraguan berhubung kesahan perkahwinan seorang anak tak sah taraf perlu dikikis kerana agama tidak pernah membezakannya dengan kanak-kanak lain. Mereka juga seperti insan-insan yang lain. Kesalahan yang berlaku sehingga mereka dilahirkan bukanlah dosanya tetapi hasil perbuatan ibu dan lelaki yang menyetubuhi ibunya. Oleh itu perkahwinan anak tak sah taraf adalah sah seperti mana perkahwinan mana-mana insan yang lain selagi mana menurut syarat-syarat sah pernikahan.
3.9  Urusan kematian:
Kematian seorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka dia dihukum sebagai seorang Islam. Oleh itu jenazahnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah Islam. Jika ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka di dihukum sebagai bukan seorang beragama Islam sekalipun lelaki yang menyetubuhi ibunya adalah seorang Islam.[23]
3.10        Pertukaran status anak tak sah taraf:
Seseorang anak tak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu statusnya akan bertukar menjadi anak laqit[24] (iaitu anak pungut). Dia akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yang diberikan kepada seorang anak angkat.
3.11        Amal kebajikan:
Amal kebajikan anak tak sah taraf sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat adalah sama seperti anak-anak tak sah taraf yang lain. Segala manfaat yang dilakukannya, dari segi ganjaran Allah SWT dan lain-lain akan kembali kepada dirinya jua[25]. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:[26]
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Maksudnya: ...dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)
Firman Allah S.W.T[27] lagi:
قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Maksudnya: (Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad):“Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.
Amal kebajikan mereka tetap akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T sama seperti amal kebajikan orang Islam yang lain.
3.12        Identiti Diri[28]
Identiti yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan bagaimana pendaftaran namanya di Jabatan pendaftaran Negara iaitu merangkumi penamaannya di dalam sijil kelahiran serta kad pengenalan. Convention on the Rights of the Child 1989, yang dirujuk sebagai Konvensyen Kanak-kanak 1989 di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan dalam Perkara 8 bahawa setiap negara yang menandatangani konvensyen ini perlu menghormati hak kanak-kanak mengekalkan identiti mereka, termasuk kewarganegaraan, nama serta hubungan kekeluargaan yang diiktiraf oleh undang-undang dan campurtangan yang tidak sah di sisi undang-undang adalah dilarang.[29]
Selain itu, di dalam seksyen 7(1) ada menyatakan bahawa setiap kelahiran kanak-kanak perlulah di daftarkan.[30] .
 Adanya sijil kelahiran ini melayakkan kanak-kanak berkenaan memohon bagi mendapatkan kad pengenalan bagi tujuan indikasi identiti diri.
Selain daripada itu di dalam Akta Pendaftaran Kelahiran Dan Kematian ini juga menyatakan tiada seorang pun boleh di daftatkan sebagai bapa anak tidak sah taraf ini melainkan atas permintaan Bersama oleh ibu dan orang yang mengaku sebagai bapa kanak-kanak tersebut.[31] Manakala, bagi nama keluarga (surname) bagi kanak-kanak luar nikah didaftarkan atas nama ibu, melainkan lelaki yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak seperti yang terkandung dalam seksyen 13 meminta namanya dijadikan nama keluarga kepada kanak-kanak luar nikah berkenaan.[32]
Akta 299 ini sepatutnya secara jelas menyatakan bahawa peruntukan ini hanya terpakai ke atas kanak-kanak bukan Islam, dan tidak terpakai ke atas orang Islam.[33] Dari segi amalannya Jabatan Pendaftaran Negara tidak menerima permohonan orang Islam untuk mem'bin'kan atau mem'binti'kan anak luar nikah yang dilahirkan kurang dari enam bulan qamariah kepada bapa biologi walaupun dia telah berkahwin dengan ibu, namun ruang permohonan bagi melakukan perkara tersebut masih lagi terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin meletakkan namanya sebagai bapa dalam sijil kelahiran atau kad pengenalan.[34] 
4.0 Kes-Kes Berkaitan Dengan Anak Tak Sah Taraf
4.1 Nafkah Anak
(1)  Mohd Hanif Farikullah lwn Bushra Chaudri[35]
Responden merupakan warganegara Pakistan dan perayu tinggal dan bekerja di Kuala Terengganu. Mereka berdua telah berkahwin dan bercerai pada 23 Oktober 1990. Perayu dikehendaki untuk memberi nafkah sebanyak RM50 sebulan kepada anak lelaki mereka. Pada 6 Oktober 1996, responden telah melahirkan anak perempuan dan responden telah memfailkan tuntutan nafkah ke atas seorang anak perempuan luar nikah sebanyak RM 1050 sebulan terhadap defendan (perayu) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Mahkamah telah meluluskan tuntutan Responden dan memerintahkan Perayu membayar nafkah anak tersebut sebanyak RM 1050 sebulan secara potongan gaji pada 20 Mac 1997. Perayu tidak berpuas hati dengan perintah tersebut lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Isu penting dalam rayuan tersebut ialah sama ada Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa atau tidak untuk mendengar tuntutan plaintif mendapatkan nafkah anak tersebut apabila kedua-duanya telah memeluk Islam.
Hakim memutuskan bahawa Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tidak menolak bidangkuasa umum mahkamah sivil. Beliau berpendapat bahawa mahkamah sivil adalah mahkamah bidangkuasa umum dan boleh membicarakan kes berkaitan dengan orang islam dan bukan islam. Selain itu, Mahkamah-mahkamah Tinggi Sivil juga merupakan mahkamah dengan bidangkuasa sedia ada manakala bidangkuasa Mahkamah Syariah diputuskan oleh undang-undang negeri dan jika perundangan tidak memberikan Mahkamah Syariah apa-apa bidangkuasa untuk menngendalikan apa-apa perkara dalam senarai negeri, Mahkamah Syariah dikecualikan dari membicarakan perkara tersebut.
Selain itu juga, Hakim berpendapat bahawa tiada peruntukan yang jelas mengenai nafkah seorang anak luar nikah dari ayahnya dalam Akta 303. Hakim Faiza Tamby Chik (pada ketika itu) menyatakan bahawa hakim boleh merujuk kepada pakar perundangan Islam untuk membantunya membuat keputusan dalam perkara yang berkenaan. Rujukan kepada pakar perundangan Islam boleh dianggap sebagai pendapat pakar yang dibenarkan di bawah seksyen 45 Akta Keterangan 1950.[36]
Menurut penulis kes di atas menunjukkan lacuna[37] pada Akta undang-undang keluarga Islam (Akta 303) kerana tiada peruntukan yang memberi hak kepada ibu anak luar nikah untuk mendapatkan nafkah ke atas anak luar nikah daripada bapa biologi. Namun, isu ini diatasi dengan peruntukan Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950.
4.2 Hadhanah atau Penjagaan Anak
Plaintif (Ervin Ahbabovic) telah memfailkan permohonan bagi hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapat hak jagaan ke atas dua orang anak. Defendan (Amalyna Evelyn Abdullah) telah membantah permohonan tersebut dengan alasan bahawa kedua-dua anak tersebut adalah anak luar nikah yang tidak boleh dinasabkan kepada plaintif bahkan plaintif tidak berhak untuk menjaga atau mendapat akses lawatan terhadapnya. Mahkamah telah meneliti fakta dalam sijil kelahiran anak-anak tersebut, daftar pernikahan plaintif dan defendan dengan jelas menunjukkan bahawa anak pertama lahir lebih kurang dua tahun sebelum perkahwinan pihak-pihak manakala anak kedua lahir kira-kira empat bulan iaitu kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan pihak-pihak.
 Hakim telah menolak tuntutan plaintif sebaliknya menghukumkan kedua-dua anak tersebut dinasabkan kepada defendan selaku ibu kandung dan hak jagaan kekal diberikan kepada defendan. Mahkamah juga telah memutuskan bahawa hak ḥaḍānah, lawatan, perwalian, nasab dan nafkah tidak boleh direalisasikan dan mahkamah memutuskan menolak tuntutan pihak plaintif secara keseluruhannya.
            Menurut pandangan penulis, penulis sangat bersetuju dengan keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah. Keputusan kes ini membuktikan bahawa peruntukan di dalam Seksyen 85[39] Akta 303 yang mana menunjukkan bahawa ibu kandung atau saudara mara ibu sahaja yang mempunyai hak terhadap kanak-kanak tersebut. Namun begitu, bapa biologi boleh untuk memberikan nafkah kepada anak biologinya atas dasar untuk membantu meringankan beban ibu dalam menyara anak tersebut dan ianya bukanlah atas dasar kewajipan syarak dan sebagainya. Hal ini juga terjadi kerana menurut seksyen 81(3) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menayatakan bahawa hak penjagaan anak hanya terpakai kepada mahramnya.[40]
            Selain itu, menurut pandangan penulis, Plaintif tidak mempunyai locus standi[41] untuk membuat permohonan bagi menuntut hak jagaan terhadap anak-anak tersebut kerana memang jelas bahawa Plaintif tidak mempunyai nasab ke atas anak-anak tersebut.
(2)  Zubaidah Othman dan Mohd Nor Mohamad lwn Sofiah Elam dan Johan Hans Weiss Abdullah[42]
Di dalam kes ini, seorang anak perempuan yang tidak sah taraf yang bernama Jessica Zurich telah menjadi rebutan di antara ibu bapa angkat dengan ibu kandungnya bersama bapa yang disangkakan. Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat telah memutuskan supaya anak tersebut diserahkan kepada ibu kandungnya dan ibu bapa angkatnya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut lalu telah memohon rayuan ke Mahkamah Rayuan Johor Bahru.
             Setelah rayuan dibuat, maka Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa  kedua-dua pihak(Ibu bapa angkat  dan ibu kandung) tidak berhak  untuk memelihara anak tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa anak akan diserahkan kepada Sultan Johor sebagai pemerintah negeri Johor.  Mahkamah menyatakan bahawa status sebagai ibu kandung semata-mata tidak mencukup untuk mendapat hak hadhanah dan ibu bapa angkat juga tidak mendapat hak tersebut kerana gagal membuktikan hak mereka ke atas anak tersebut.
            Menurut pandangan penulis, penulis tidak bersetuju dengan keputusan kes ini di mana mahkamah menolak permohonan ibu kandung tersebut disebabkan ibu juga tertakluk kepada syarat-syarat dan tegahan-tegahan yang ditentukan syarak. Pertamanya, ianya bertentangan dengan peruntukan di dalam seksyen 82(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 yang mana hak jagaan anak tersebut akan berpindah kepada susunan mengikut keutamaan di dalam peruntukan tersebut. Seterusnya ia juga bertentangan dengan seksyen 86 Enakmen yang sama di mana menyatakan bahawa anak tidak sah taraf itu penjagaannya adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Namun begitu Mahkamah perlu menyatakan sebab-sebab kelayakan untuk menjaga anak tersebut hilang atau digugurkan seperti di dalam seksyen 84 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003
4.3 Penasaban Anak
(1)  Mohd Hairy bin Hamdan v. Rabiah Binti Ishak[43]
Pemohonan di buat di mahkamah supaya mensabitkan anak perempuan,[44] Nurul Fatihah Binti Mohd Hairy yang telah dilahirkan oleh isterinya Rabiah binti Ishak pada 24 Mac 2003 adalah anak yang sah taraf. Pemohon telah berkahwin dengan responden pada 25 September 2002 dan telah bercerai pada 7 Julai 2003 di Mahkamah Syariah Hulu Langat Selangor.
            Semasa bernikah, Responden sedang mengandung dan kemudiannya melahirkan anak tersebut iaitu lebih kurang 6 bulan daripada usia perkahwinan. Sepanjang tempoh perkahwinan, pemohon dan responden tidak pernah melakukan sebarang hubungan kelamin malah mereka tidak tinggal sebumbung dan tidur Bersama.
Keputusan Mahkamah: Anak bernama Nurul Fatihah binti Mohd Hairy adalah anak tak sah taraf dan tidak boleh dibintikan kepada pemohon sebagaimana di dalam sijil kelahiran iaitu Mohd Hairy bin Hamdan. Pendaftaran nama bapa iaitu Mohd Hairy bin Hamdan sebagaimana terkandung dalam sijil kelahiran hendaklah dibatalkan. Perintah adalah di atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan berkuatkasa serta merta.

Permohonan dibuat oleh Plaintif supaya Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban mensabitkan bayi perempuan yang dinamakan sebagai Nurcamelia Aimie binti Harun adalah Anak yang sah tarafnya menurut Syarak melalui perkahwinannya dengan defendan. Bayi tersebut dilahirkan pada 17 Disember 2011.
            Plaintif telah berkahwin dengan defendan pada 24 Jun 2011 dan semasa perkahwinan tersebut, defendan sedang mengandung dua bulan. Mahkamah telah memutuskan bahawa bayi perempuan tesebut adalah anak tak sah taraf bagi pasangan pemohon dan defendan setalah meneliti fakta dan keterangan. Makanya anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada Harun Bin Mohamad Raus.
Kes-kes di atas menunjukkan bahawa anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan akan dikategorikan sebagai anak tak sah taraf. Namun terdapat juga kes di nama anak yang lahir kurang daripada tempoh enam bulan dari Tarikh perkahwinan dinasabkan kepada bapanya. Hal yang demikian dapat dilihat dalam kes:

4.4 Perwalian dalam Perkahwinan
(1)  Raisha binti Annuar[46]
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban yang diputuskan pada 4 September 2009. Kes ini merujuk kepada permohonan Raisha binti Annuar[47] kepada mahkamah untuk menentukan adakah pemohon ini boleh dinasabkan kepada ayahnya yang bernama Annuar Hj. Zakaria. Pemohon telah mengemukakan permohonan di Mahkamah apabila status kesahtarafannya diragui oleh Pejabat Agama Daerah Port Dickson setelah beliau menghantar borang permohonan berkahwin di Pejabat Agama Daerah Port Dikson bersama pasangannya Mohd Yusoff bin Mohd Annuar.
Pejabat Agama mendapati bahawa pemohon telah dilahirkan kurang daripada enam bulan Qamariah dari tarikh perkahwinan ibubapanya. Fakta ini diketahui melalui rujukan kepada sijil pernikahan kedua ibu bapanya (Annuar Hj. Zakaria dan Zaharah Yunus) bertarikh 5 April 1985 sedangkan tarikh kelahiran beliau ialah 1 Oktober 1985. Setelah meneliti dokumen dan bukti-bukti lain, Mahkamah mengesahkan bahawa tempoh pernikahan dan kelahiran tidak mencukupi enam bulan. Maka, mahkamah telah memutuskan bahawa status pemohon adalah Anak Tak Sah Taraf dan dengan itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya Annuar Hj. Zakaria. Pernikahan pemohon hendaklah berwalikan wali hakim (05100-006-0447-2009).
5.0 Isu Berbangkit Mengenai Anak Tak Sah Taraf
Seperti yang kita ketahui bahawa anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan daripada Tarikh akad nikah ataupun kurang dari enam bulan tempoh persetubuhan, maka anak tersebut akan dikategorikan sebagai anak yang tidak sah taraf dan mereka tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologi mereka dan mereka saling tidak boleh mempusakai di antara satu sama lain.
Namun begitu, terdapat beberapa isu yang mana menjadi polemik di mana, keputusan yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah bertentangan fatwa yang keluarkan.

5.1  Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini Binti Nasron[48]
Kes ini telah berlangsung pada 7 Ogos 2012 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Plaintif telah membuat pensabitan bahawa bayi perempuan, Nur Damia Aqilla binti Abdullah adalah anak sah taraf menurut Syarak bersama dengan pasangannya iaitu defendan. Bayi tersebut telah dilahirkan pada 3 September 2010 manakala plaintif telah diakadnikahkan dengan defendan pada 16 April 2010.
            Setelah meneliti fakta dan keterangan, Mahkamah telah membuat keputusan bahawa bayi bernama Nur Damia Aqilla Binti Abdullah hendaklah dinasabkan kepada Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa bayi tersebut Anak tak sah taraf namun boleh dinasabkan kepada bapa walaupun anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan. Mahkamah juga memutuskan bahawa Pemohon tidak boleh menjadi wali kepada bayi tersebut dan juga tidak boleh saling mempusakai.
            Dengan merujuk kepada pandangan Dr. Abd al-Karim Zaydan berdasarkan kepada nas dan hadis berkaitan, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu mengambil pendirian bahawa seseorang anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dari waktu akad nikah perkahwinan boleh dinasabkan kepada si lelaki yang mengahwini ibu yang mengandung dan melahirkan anak itu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan keduniaan, dan dengan syarat lelaki itu tidak menyatakan yang anak itu adalah anak dari perbuatan zinanya.[49]
Walaubagaimanapun, sepatutnya sebarang keputusan yang diputuskan oleh mahkamah seharunya terikat dengan fatwa yang diwartakan oleh  Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang mana memutuskan bahawa anak tidak sah taraf itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahiran atau sesiapa yang mengaku kepada anak tersebut.
Selain itu, menurut pandangan penulis, ianya sememangnya bertentangan dengan syarak namun seperti yang dibincangkan sebelum ini mengenai seksyen 13 dan 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang mana memberi ruang kepada anak-anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh enam bulan boleh dinasabkan kepada lelaki yang mengahwini ibunya.
Akta 299 ini sepatutnya secara jelas menyatakan bahawa peruntukan ini hanya terpakai ke atas kanak-kanak bukan Islam, dan tidak terpakai ke atas orang Islam.[50] Dari segi amalannya Jabatan Pendaftaran Negara tidak menerima permohonan orang Islam untuk mem'bin'kan atau mem'binti'kan anak luar nikah yang dilahirkan kurang dari enam bulan qamariah kepada bapa biologi walaupun dia telah berkahwin dengan ibu, namun ruang permohonan bagi melakukan perkara tersebut masih lagi terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin meletakkan namanya sebagai bapa dalam sijil kelahiran atau kad pengenalan.[51] 
5.2  A Child & Ors v Jabatan Pendaftaran Negara & Ors[52] [2017] 4 MLJ 440
Perayu-perayu kedua dan ketiga, kedua-duanya Muslim, telah berkahwin pada 24 Oktober 2009. Perayu pertama telah dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwinan perayu-perayu kedua (Bapa) dan ketiga (Ibu). Selepas permohonan oleh perayu-perayu kedua dan ketiga, nama perayu kedua telah dimasukkan sebagai bapa kepada perayu pertama.
Masalah timbul apabila perayu-perayu kedua dan ketiga mendapati bahawa sijil kelahiran perayu pertama menyatakan bahawa bapa perayu pertama adalah ‘Abdullah’ dan bukan perayu kedua. Berhubung perkara ini, perayu kedua telah membuat permohonan menurut sekseyen 27(3)[53]. Akta tersebut adalah untuk membetulkan nama bapa perayu pertama daripada ‘Abdullah’ itu kepada namanya dalam didaftarkan atas alasan kesilapan fakta atau substans.
Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (responden kedua) telah menolak permohonan berdasarkan alasan agama bahawa nama bapa anak luar nikah seorang Muslim tidak boleh dinisbatkan kepada nama bapanya tetapi mesti dinisbatkan kepada nama bapa ‘Abdullah’. Perayu-perayu telah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan responden kedua dan selanjutnya memohon untuk mandamus[54] bagi mengeluarkan kemasukan ‘Permohonan Seksyen 13[55]’ daripada sijil kelahiran perayu pertama; dan untuk menggantikan nama bapa ‘Abdullah’ dengan nama perayu kedua dalam sijil kelahiran perayu pertama.
Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan perayu-perayu dan memutuskan bahawa responden kedua tidak salah kerana bergantung kepada undang-undang Islam berhubung kesahihan dalam memutuskan untuk mendaftar nama bapa perayu pertama sebagai ‘Abdullah’ dalam sijil kelahirannya dan bukan nama perayu kedua. Rayuan ini telah difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan isu untuk ditentukan adalah sama ada responden kedua mempunyai kuasa di bawah Akta tersebut untuk menisbatkan nama bapa ‘bin Abdullah’ kepada anak Muslim luar nikah dan bukan nama bapanya dan bukan mengikut kehendaknya.
Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan rayuan perayu kerana seksyen 13 itu hanya menyatakan prosedur untuk bapa didaftarkan sebagai bapa kepada anak luar nikah. Ia tidak memandatkan kemasukan maklumat seksyen 13 dalam sijil kelahiran itu. Selain itu, perayu telah memenuhi keperluan seksyen 13A (2)[56]. Selain itu mahkamah berpendapat bahawa fatwa bukanlah undang-undang yang mengikat dan tidak boleh membentuk asas perundangan bagi responden kedua untuk memutuskan berhubung nama perayu pertama.
Menurut pandangan penulis, seharusnya fatwa dijadikan sebagai rujukan kepada sesuatu keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah bagi melindungi dan menjaga kebajikan orang islam dan seharusnya perkara yang diputuskan itu masih lagi memelihara Islam sebagai agama Persekutuan. Seolah-olah keputusan tersebut hanyalah berdasarkan undang-undang sivil tanpa roh undang-undang Syariah. Keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan ini telah mencetuskan polemik dalam kalangan umat Islam, ulama’ dan ahli perundangan Islam di Malaysia.[57]Alasan bahawa fatwa tidak mengikat itu adalah disangkal sama sekali kerana banyak kes-kes, Mahkamah Sivil banyak menghormati fatwa-fatwa yang diwartakan, malah melangkaui fatwa-fatwa yang tidak diwartakan, pandangan-pandangan mufti dan keputusan Jawatankuasa Syariah yang tidak bersifat fatwa.[58]
Penulis tidak bersetuju kerana wujudnya dalil yang kuat mengenai larangan seperti mana yang telah dibincangkan di dalam Bayan Linna berkenaan dengan Isu Penamaan “Bin/Binti Abdullah Kepada Anak Tidak Sah Taraf Oleh Mahkamah Rayuan.[59] Kebanyakan mufti seperti Mufti Perak, Mufti Pulau Pinang, Mufti Kelantan dan Mufti Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Antaranya adalah:
“Sekiranya anak luar nikah dibin atau dibintikan seperti anak sah taraf, pelbagai implikasi akan timbul, antaranya kelahiran anak tidak sah taraf akan berleluasa dalam masyarakat, kecelaruan keturunan serta boleh menuntut hak yang sama dalam perwalian, harta pusaka dan sebagainya”. Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid Mufti Selangor[60]
“Jika berlaku kematian pula, bapa atau anak itu tidak layak menerima harta pusaka dan jika diberikan juga, ia dikira merampas hak orang lain. Saya menghormati keputusan Mahkamah, namun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Syafie” Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan.[61]
Namun begitu, Mufti Perlis mempunyai pendapat dan pandangan beliau tersendiri mengenai isu penamaan anak tak sah taraf ini. Beliau memuji keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang mana keputusan itu adalah seiring dengan keputusan fatwa Negeri Perlis yang mana membolehkan anak yang lahir kurang dari enam bulan, dibin atau dibintikan kepada bapanya.[62]Beliau menyatakann pendapatnya di laman Facebooknya[63], bahawa tindakan membolehkan anak yang lahir kurang dari enam bulan, dibin atau dibintikan kepada bapanya merupakan usaha untuk menutup keaiban pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Selain itu menghilangkan perasaan malu dan terasing di antara anak yang sah dan tidak sah tarafnya.
Setakat daripada pembacaan penulis, hanya Negeri Perlis sahaja membolehkan penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi. Walaubagaimana pun, menurut pandangan penulis, keburukan lebih banyak berbanding kebaikan sekiranya penasaban anak kepada bapa biologi diteruskan. Seharusnya masyarakat Islam mematuhi perintah agama bagi menjaga kemaslahatan dan apabila ianya berkaitan hendaklah diketahui bahawa fatwa yang diwartakanakan mengikat umat Islam. Mahkamah Sivil juga harus merialisasikan fatwa yang diputuskan ke atas orang islam bagi meraikan islam sebagai agama persekutuan. Di dalam kes-kes, Mahkamah Sivil banyak menghormati fatwa-fatwa yang diwartakan, malah melangkaui fatwa-fatwa yang tidak diwartakan, pandangan-pandangan mufti dan keputusan Jawatankuasa Syariah yang tidak bersifat fatwa.
6.0 Cadangan
Bagi memelihara keturunan, islam telah menggariskan panduan di dalam maqasid Syariah iaitu untuk menjada keturunan di mana dengan cara perkahwinan, dianjurkan berkahwin dengan anak gadis dan diharuskan berpoligami bagi menutup pintu-pintu zina.[64] Dengan perkahwinan, perbuatan zina dapat di atasi dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan jumlah Anak Tak Sah Taraf.
            Bagi mengatasi masalah anak tak sah taraf, Kerajaan boleh meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 berkenaan dengan Seksyen 2[65] akta tersebut yang mana menghadkan hukuman Syariah iaitu Penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebatan tidak melebihi enam kali terhadap pesalah Syariah.
            Hal yang demikian menyebabkan pesalah yang diputuskan bersalah dalam kesalahan zina hanyalah dikenakan hukuman yang tidak berat sehinggakan persetubuhan luar nikah tidak dapat dibendung. Umumnya anak tak sah taraf ini berlaku disebabkan berlakunya persetubuhan luar nikah. Jadi disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh ibunya, anak tersebut yang menanggung malu dan keaiban sepanjang hidupnya. Dengan beratnya hukuman pastinya jumlah anak tak sah taraf ini akan berkurang.
            Selain itu, bagi memelihara anak tak sah taraf yang telah dilahirkan dan yang mana ibunya tidak mahu menjaganya. Kerajaan perlulah Bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperbanyakkan lagi ‘baby hatch’ yang mana dikendalikan oleh OrphanCare yang mana sehingga kini hanya tiga ‘baby hatch´sahaja yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.[66]Kerajaan perlu bersama-sama ataupun memberi peruntukan pada badan-badan kerajaan untuk memperluaskan ‘baby hatch’ ini bagi mengelakkan berlakunya pembuangan anak dan menyelamatkan nyawa bayi yang tidak bersalah.
            Seterusnya Pendidikan Seks perlu diajar kepada pelajar yang berusia bawah lapan belas tahun sama ada melalui kempen ataupun dalam silibus Pendidikan di sekolah. Ini bukanlah galakan terhadap mereka supaya melakukan seks secara bebas, namun ianya bertujuan untuk mendidik mereka dengan cara seks yang betul dan mengikut tuntutan agama.
            Tambahan lagi, kerajaan perlulah membuat peruntukan mengenai filem-filem, budaya-budaya, fesyen dan sebagainya yang datang dari luar yang mana dengan menyekat dan menapis unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya dan agama kita.
            Akhir sekali menurut pandangan penulis, kita semua perlulah Bersama-sama membendung gelaja persetubuhan luar nikah, bahkah gejala khalwat bagi mengelakkan daripada lahirnya anak tak sah taraf ini. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam memantau gerak geri anak-anak, dan masyarakat perlulah cakna dengan persekitaran sekeliling
7.0 Kesimpulan
Islam dan hak asasi kemanusiaan tidak dapat dipisahkan. Sikap dan perbuatan segelintir dalam kalangan kita menyebabkan anak yang dilahirkan itu mendapat malu dan keaiban. Disebabkan itulah islam melarang umatnya melakukan zina atas dasar untuk memelihara keturunan. Bagi orang bukan islam, isu berkenaan anak tidak sah taraf tidak menjadi permasalahan kepada mereka.
            Seperti yang dibincangkan, banyak keburukan yang akan berlaku sekiranya penasaban anak terhadap bapa biologinya. Antaranya pernikahan boleh menjadi fasid sekiranya wali di dalam perkahwinan itu adalah bapa biologi yang dinasabkan. Sedangkan mereka tiada apa-apa ikatan dan perwalian tersebut perlulah kepada wali hakim.
Permasalahan yang berkaitan dengan pensabitan nasab anak ini adalah berpunca daripada sikap sesetengah umat islam yang mengamalkan gaya hidup yang berfokuskan kepada keseronokan semata-mata sehingga menyebabkan jumlah anak tak sah taraf ini meningkat saban tahun. Anak-anak yang dilahirkan daripada hasil zina ini dipersalahkan dan dipandang serong oleh sesetengah individu dalam masyarakat, walhal kelahiran mereka itu adalah disebabkan perbuatan ibu yang melahirkan mereka.
Setelah meneliti kes-kes yang berkaitan, maka dapat disimpulkan bahawa Mahkamah Syariah membuat keputusan berkaitan Anak tak sah taraf menurut fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwa negeri kecuali negeri Perlis seperti yang dibincangkan sebelum ini. Namun seperti kes di Terengganu, ianya mensabitkan nasab anak yang lahir kurang daripada enam bulan itu kepada bapa biologinya atas dasar memenuhi keperluan keduniaan akan tetapi tidak boleh bapanya menjadi wali dan saling mempusakai antara satu sama lain.
Akhir sekali, melalui perbincangan ini, diketahui bahawa wujudnya peraturan-peraturan berkaitan dengan anak tak sah taraf serta hak-hak yang dilindungi oleh undang-undang negara mahupun syarak yang mana hak tersebut tidak boleh diabaikan kerana mereka adalah sama seperti kanak-kanak yang sah tarafnya.

8.0 Senarai Rujukan

Abas Bin Nordin. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Perundangan. 25. https://www.sppim.gov.my/pdf/panduan/kedudukan_anak_tak_sah_taraf.pdf
Abdul Majid Bin Omar. (2013). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Pandangan Syarak, Nasab dan Perwarisan Serta Kekeluargaan Islam. Paper presented at the Sah Nikah, Sah Nasab, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Alwi Hj Abdul Rahman. (1999). Jenayah kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi.
Arif Fahmi Md Yusof & Izawati Wook. (2017). Fatwa: Its Position In The Civil Court. Journal of Fatawa Management and Research, 9, 24-38.
Irwan Mohd Subri, Zulkifli Hassan& Luqman Abdul Mutalib. (2015). Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan? Al-Qanatir International Journal Of Islamic Studies, 1(1), 1-8.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2012). Kamus Undang-Undang. Petaling Jaya, Malaysia: International Law Book Services.
Masturah Binti Kasa @ Muhyiddin. (2019). Penasaban Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Maqasid Syariah. (Degree Desertatiom), Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak.
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Nisar Moohammad Ahmad & Nur Mohammad Hadi Zahalan. (2018). Pengurusan dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf Melalui 'Baby Hatch': Satu Penilaian Daripada Perspektif Maqasid Syariah Dan Undang-Undang Malaysia. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 13, 87-102.
Mustafa 'Afifi Ab Halim, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Rezki Perdani Sawai,Dini Farhana Baharuddin & Joki Perdani Sawai. (2013). Bayi Yang Dibuang: Hak dan Kedudukan Bayi Di sisi Undang-Undang. The Malayan Law Journal, 5, 1-12.
Nora'inan Bahari. (2017). Aplikasi Prinsip Maqasid Syari'ah Dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Paper presented at the Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE), Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia.
Noraini Aqiilah Ismail & Ahmad Munawar Ismail. (2018). Persepsi Masyarakat Muslim Di Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Tarf. Malaysian Journal For Islamic Studies, 2(2), 1-13.
Nor'asyikin Binti Hamzah. (2018). Pelaksanaan Peruntukan Perlindungan Dan Kebajikan Kanak-kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989. (Doctoral Desertation), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abd Ghani Ahmad. Anak Tak Sah Taraf: Siapa Yang Sepatutnya Memberi Nafkah? , 2. https://www.academia.edu/27086198/ANAK_TAK_SAH_TARAF_SIAPA_YANG_SEPATUTNYA_MEMBERI_NAFKAH
Wickneswaran A/L Kaliaperumal. (2005). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. In. Retrieved from http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/Kon-HakKanak22005.pdf  
Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
Zulkifli Hasan, Irwan bin Mohd Subri, Lukman bin Abdul Mutalib. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Undang-Undang. http://www.zulkiflihasan.com/wp-content/uploads/2008/05/Jurnal-Hukum-Anak-Tak-Sah-Taraf.pdf
Senarai Kes

A Child & ORS V Jabatan Pendaftaran Negara & ORS [2017] 4 MLJ 440
Ervin Ahbabovic lwn Amalyna Evelyn Abdullah Kes No: 14100-028-0069-2009
Harun Bin Mohamad Raus v. Masliana Binti Mohd Saem
Mohd Hairy bin Hamdan v. Rabiah Binti Ishak [2013] 2 JH 36
Mohd Hanif bin Farikullah v Bushra Chaudri [2001] 5 MLJ 533
Raisha binti Annuar. Fail kes Mahkamah Tinggi Syariah Kes No: 05100-006-0447-2009.
Zubaidah Othman dan Mohd Nor Mohamad lwn Sofiah Elam dan Johan Hans Weiss Abdullah KANUN [Dis 1990] 143
Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini Binti Nasron Kes No: 11300-006-0033-2012

Senarai Statut
Akta Kanak-kanak 2001. Terbitan International Law Book Service (ILBS)
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persektuan) 1984 (Akta 303)
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Senarai Rujukan Web





[1] Alwi Hj Abdul Rahman. (1999). Jenayah kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi. Hlmn 3
[3] Irwan Mohd Subri, Zulkifli Hassan& Luqman Abdul Mutalib. (2015). Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan? Al-Qanatir International Journal Of Islamic Studies, 1(1), 1.
[4] Noraini Aqiilah Ismail & Ahmad Munawar Ismail. (2018). Persepsi Masyarakat Muslim Di Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Tarf. Malaysian Journal For Islamic Studies, 2(2), 1.
[6] Nor'asyikin Binti Hamzah. (2018). Pelaksanaan Peruntukan Perlindungan Dan Kebajikan Kanak-kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989. (Doctoral Desertation), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hlmn 52
[8] Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abd Ghani Ahmad. Anak Tak Sah Taraf: Siapa Yang Sepatutnya Memberi Nafkah?  https://www.academia.edu/27086198/ANAK_TAK_SAH_TARAF_SIAPA_YANG_SEPATUTNYA_MEMBERI_NAFKAH
[10] Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[11] Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Nisar Moohammad Ahmad & Nur Mohammad Hadi Zahalan. (2018). Pengurusan dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf Melalui 'Baby Hatch': Satu Penilaian Daripada Perspektif Maqasid Syariah Dan Undang-Undang Malaysia. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, 13, 87-102.
[12] Surah Al-An’am: 6:164
[13] Abdul Majid Bin Omar. (2013). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Pandangan Syarak, Nasab dan Perwarisan Serta Kekeluargaan Islam. Paper presented at the Sah Nikah, Sah Nasab, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Hlmn 11
[14]Abas Bin Nordin. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Perundangan. 25. https://www.sppim.gov.my/pdf/panduan/kedudukan_anak_tak_sah_taraf.pdf
[16]Ibid. 25
[17] Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[18] Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persektuan 1984 (Akta 303)
[20] Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abd Ghani Ahmad. Anak Tak Sah Taraf: Siapa Yang Sepatutnya Memberi Nafkah? Hlmn 6 https://www.academia.edu/27086198/ANAK_TAK_SAH_TARAF_SIAPA_YANG_SEPATUTNYA_MEMBERI_NAFKAH
[21] Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persektuan 1984 (Akta 303)
[23] Abdul Majid Bin Omar. (2013). Kedudukan Anak Tak Sah Taraf: Dari Aspek Pandangan Syarak, Nasab dan Perwarisan Serta Kekeluargaan Islam. Paper presented at the Sah Nikah, Sah Nasab, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Hlmn 13
[24] Al laqit menurut pandangan fuqaha’ bermakna anak yang dibuang atau ditinggalkan. Tetapi menurut Mazhab Hanbali menambah ia juga termasuk anak yang hilang. Nor'asyikin Binti Hamzah. (2018). Pelaksanaan Peruntukan Perlindungan Dan Kebajikan Kanak-kanak Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989. (Doctoral Desertation), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hlmn 55
[25] Masturah Binti Kasa @ Muhyiddin. (2019). Penasaban Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Maqasid Syariah. (Degree Desertatiom), Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak. Hlmn 89
[26] Surah Al-An’am: 6: 164
[27] Surah Saba’: 34: 25
[28] Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[30] Seksyen 7(1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
“Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, kelahiran tiap-tiap kanak-kanak yang lahir di Malaysia hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kanak-kanak itu di lahirkan dengan mencatatkan ke dalam daftar dalam pendua dengan cara menetapkan butir-butir yang berkenaan dengan kelahiran itu sebagaimana yang ditetapkan; dan daftar yang berlainan hendaklah digunakan dan butir-butir yang berlainan boleh ditetapkan bagi lahir hidup dan lahir mati masing-masingnya;
Dengan syarat bahawa, jika kanak-kanak yang hidup dijumpai tertedah dan tiada maklumat mengenai tempat lahirnya didapati, maka kelahiran itu hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi Kawasan pendaftaran di mana kanak-kanak itu dijumpai.”
[31] Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan terdahulu di dalam Akta ini, dalam hal anak tidak sah taraf, tiada seorang pun sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dikehendaki memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu, dan Pendaftar hendaklah tidak mencatatkan ke dalam daftar nama mana-mana orang sebagai bapa kanak-kanak itu kecuali atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku drinya sebagai bapa kanak-kanak itu, dan orang itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani daftar itu bersama dengan ibu itu.”
[32] Sekseyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
“Nama keluarga, jika ada, yang hendaklah dicatatkan berkenaan dengan anak tidak sah taraf boleh jika ibunya adalah pemberitahu dan secara sukarela memberi maklumat itu, menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarganya; dengan syarat bahawa jika orang yang mengaku dirinya menjadi bapa kanak-kanak itu mengikut peruntukan Seksyen 13 meminta sedemikian, maka nama keluarga bolehlah diletakkan atas nama keluarga orang itu”
[33] Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[34] Ibid. Hlmn 65
[36] Arif Fahmi Md Yusof & Izawati Wook. (2017). Fatwa: Its Position In The Civil Court. Journal of Fatawa Management and Research, 9, 24-38.
[37] Lacuna atau Lakuna adalah kekosongan ruang, ketinggalan dalam sesuatu dokumen. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2012). Kamus Undang-Undang. Petaling Jaya, Malaysia: International Law Book Services. Hlmn 227
[39] Seksyen 85 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan seperti berikut:
Jagaan kanak-kanak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.
[40] Seksyen 81(3) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa:
“Tiada seseorang lelaki berhak terhadap jagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.”
[41] Locus Standi ialah Hak untuk didengar atau keupayaan undang-undang untuk mencabar beberapa keputusan. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2012). Kamus Undang-Undang. Petaling Jaya, Malaysia: International Law Book Services. Hlmn 248
[42] Zubaidah Othman dan Mohd Nor Mohamad lwn Sofiah Elam dan Johan Hans Weiss Abdullah KANUN [Dis 1990] 143. Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[44] Zulkifli Hasan, Irwan bin Mohd Subri, Lukman bin Abdul Mutalib. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Undang-Undang. http://www.zulkiflihasan.com/wp-content/uploads/2008/05/Jurnal-Hukum-Anak-Tak-Sah-Taraf.pdf .Hlmn 10
[45] Zulkifli Hasan, Irwan bin Mohd Subri, Lukman bin Abdul Mutalib. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Undang-Undang. http://www.zulkiflihasan.com/wp-content/uploads/2008/05/Jurnal-Hukum-Anak-Tak-Sah-Taraf.pdf .Hlmn 11
[47] Nora'inan Bahari. (2017). Aplikasi Prinsip Maqasid Syari'ah Dalam Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Paper presented at the Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE), Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. Hlmn 102
[48] Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini Binti Nasron Kes No: 11300-006-0033-2012. Zulkifli Hasan, Irwan bin Mohd Subri, Lukman bin Abdul Mutalib. Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Undang-Undang. http://www.zulkiflihasan.com/wp-content/uploads/2008/05/Jurnal-Hukum-Anak-Tak-Sah-Taraf.pdf. Hlmn 12
[49] Irwan Mohd Subri, Zulkifli Hassan& Luqman Abdul Mutalib. (2015). Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan? Al-Qanatir International Journal Of Islamic Studies, 1(1), 1-8.
[50] Zanariah Noor. (2018). Status and Rights of Muslim Illegitimate Child Under Malaysian Law. Humanika, 10(3-4), 61-69.
[51] Ibid. Hlmn 65
[53] Seksyen 27(3) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
“Apa-apa kesilapan fakta atau bahan dalam mana-mana daftar boleh diperbetulkan dengan catatan (tanpa apa-apa pengubahan kepada catatan asal itu) oleh Pendaftar Besar dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan dengan mengemukakan suatu akuan berkanun oleh orang yang berkehendakkan kesilapan itu diperbetulkan dengan menyatakan sifat kesilapan itu dan fakta sebenar hal itu, dan dibuat oleh dua orang yang dikehendaki oleh Akta ini untuk memberi maklumat berhubungan dengan kelahiran, kelahiran mati atau kematian berkenaan mana kesilapan itu telah dibuat, atau atas kegagalan orang tersebut oleh dua orang yang boleh dipercayai yang mempunyai pengetahuan yang memuaskan Pendaftar Besar mengenai kebenaran hal itu; dan Pendaftar Besar boleh jika berpuas hati mengenai fakta yang dinyatakan dalam akuan berkanun itu menyebabkan catatan itu diperakui dan hari dan bulan dan tahun pembetulan itu dilakukan hendaklah ditambah ke dalamnya.”
[54] Mandamus adalah mendapatkan kebenaran di Mahkamah Tinggi secara ex-parte (satu pihak). Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (2012). Kamus Undang-Undang. Petaling Jaya, Malaysia: International Law Book Services. Hlmn 259
[55] Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
Walau apa pun yang terkandung dalam peruntukan terdahulu di dalam Akta ini, dalam hal anak tidak sah taraf, tiada seorang pun sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dikehendaki memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu, dan Pendaftar hendaklah tidak mencatatkan ke dalam daftar nama mana-mana orang sebagai bapa kanak-kanak itu kecuali atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku drinya sebagai bapa kanak-kanak itu, dan orang itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani daftar itu bersama dengan ibu itu.”
[56] Sekseyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 menyatakan seperti berikut:
“Nama keluarga, jika ada, yang hendaklah dicatatkan berkenaan dengan anak tidak sah taraf boleh jika ibunya adalah pemberitahu dan secara sukarela memberi maklumat itu, menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarganya; dengan syarat bahawa jika orang yang mengaku dirinya menjadi bapa kanak-kanak itu mengikut peruntukan Seksyen 13 meminta sedemikian, maka nama keluarga bolehlah diletakkan atas nama keluarga orang itu”
[57] Noraini Aqiilah Ismail & Ahmad Munawar Ismail. (2018). Persepsi Masyarakat Muslim Di Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Tarf. Malaysian Journal For Islamic Studies, 2(2), 1-13.
[58] Arif Fahmi Md Yusof & Izawati Wook. (2017). Fatwa: Its Position In The Civil Court. Journal of Fatawa Management and Research, 9, 24-38.
[64] Mustafa 'Afifi Ab Halim, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Rezki Perdani Sawai,Dini Farhana Baharuddin & Joki Perdani Sawai. (2013). Bayi Yang Dibuang: Hak dan Kedudukan Bayi Di sisi Undang-Undang. The Malayan Law Journal, 5, 1-12.
[65] Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 menyatakan seperti berikut:
“…. Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

Saidina Umar Dan Isterinya

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA