Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT PESAKIT

1. PENDAHULUAN Akhir zaman melihatkan kita berbagai jenis pesakit yang menyerang manusia, kecanggihan sains perubatan moden masih belum cukup untuk menyelesaikan masalah manusia, namun begitu Islam sebagai agama yang sesuai sepanjang zaman tetap relevan untuk memastikan penganutnya sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba.      Bagi pesakit sentiasa terbatal wuduk dengan keluar sesuatu yang membatalkannya adalah amat sukar dielakkan, seperti pesakit  yang sentiasa keluar titisan-titisan air kencing atau terkentut atau perempuan yang istihadhah yang keluar darah daripada kelaminnya bukan pada hari-hari haid dan nifas. Bagaimanakah kedudukan sembahyang mereka ini. 2.   KEDUDUKAN SOLAT BAGI PESAKIT Selagimana manusia itu sedar atau berakal maka kewajipan menunaikan solat tidak akan gugur daripada mereka. Bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti yang disebut di atas maka mereka perlulah berubat seberapa segera, dalam keadaan sakit mereka hendaklah men

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

i.          Definisi Cerai taklik diertikan sebagai menggantung terjadinya cerai dengan berlakunya sesuatu  yang perkara digantungkan, tanpa mengira perkara yang digantungkan itu berhubung dengan kelakuan manusia atau pun sebaliknya. Daripada definasi tersebut maka jelaslah bahawa cerai taklik ialah satu bentuk perceraian yang bertujuan menceraikan isteri pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz syarat (  إ ن ) bermaksud sekiranya atau (  إذا    ) bermaksud ketika dan perkataan lain yang seumpamanya. ii.         Hukum Perceraian Taklik  Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan mengenai perkara ini: 1.     Jumhur Fuqaha` termasuk Ibn Jarir, Ibn Rushd, al-Tabari Cerai taklik adalah sah, tanpa mengira lafaz tersebut benar-benar bertujuan menceraikan isteri atau taklik berupa sumpah yang bukan bertujuan menceraikan isteri. Ia adalah lafaz semata-mata yang bertujuan untuk menghalang isterinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh suami atau ia be