Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Cara Memakai Tudung Yang Betul

Imej
Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Rasulullah S.A.W bersaba, “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud) Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul. Jadi di sini, suka kami kongsikan dengan anda bagaimanakah cara memakai tudung dengan betul. Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya Memakai anak tudung yang bersesuaian Menutup leher dan dilabuhkan tudung

TAULADAN:BERBEZA KEBIJAKSANAAN

Imej
   Satu hari seorang Profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung   sampan.Di tengah-tengah sungai ,Profesor itu bertanya:”Kau pandai menulis dan membaca??”    “Tidak.Saya buta huruf,”Jawab pengayuh sampan.      “Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh kehidupan kamu.Orang yang tidak tahu membaca dan menulis seolah-olah telah hilang separuh daripada keupayaan hidup.”Tidak lama selepas itu,Profesor itu bertanya lagi:”Kamu ada membuat simpanan wang di bank?? ”.      “Tidak.Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja.”      “Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh lagi kehidupan kamu.Mana mungkin orang yang tiada simpanan wang boleh hidup dengan selesa pada hari tua nanti.”     Orang tua itu terus mendayung sampan tanpa memperdulikan kata-kat Profesor itu.Tiba-tiba sampan itu bocor.Air masuk dengan banyak dan sampan hampir tenggelam.Si pendayung sampan itu bertanya kepada Profesor   :”Tuan,Adakah tuan pandai berenang??”  

TAULADAN:SIAPA YANG KAYA???

Imej
   Seorang hartawan membawa anaknya menginap disebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin.Dia berharap agar anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki.Setelah berhari-hari di rumah orang miskin itu,mereka pun pulang.Dalam perjalanan pulang ayah bertanya”Apakah pandangan kamu tentang kembara kita kali ini??” “Seronok!”Jawab anaknya. “Sekarang ni mesti kamu dapat bandingkan kehidupan orang kaya dan orang miskin bukan??”Kata ayahnya. “Ya”Jawab anaknya dengan ceria “Sekarang apa yang kamu dapat belajar daripada semua ini??” Si anak menjawab:”Kita mempunyai seekor kucing peliharaan,tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan.Kita ada kolam renang,tetapi mereka mempunyai sungai yang jernih yang mengalir airnya untuk mereka mandi.Kita ada lampu import yang mahal harganya,tetapi mereka ada bintang-bintang yang bergerlipan di langit untuk mereka pandang untuk bersantai di halaman rumah pada malam hari..” Si Ayah menyampuk,anmun anaknya meneruskan