Cara Memakai Tudung Yang Betul
Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi
yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang
perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua
tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Rasulullah S.A.W bersaba,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya,
maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak
tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung
adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh
badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang
memakai tudung dengan cara yang betul.
Jadi di sini, suka kami kongsikan dengan anda
bagaimanakah cara memakai tudung dengan betul.
- Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya
- Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya
- Memakai anak tudung yang bersesuaian
- Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga menutup dada
- Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala
ADA 3 CARA PEMAKAIAN TUDUNG:
1.MEMAKAI TUDUNG YANG PANJANG DIBELAKANG SAMA SEPERTI ORANG YAHUDI
2.MEMAKAI TUDUNG MENAMPAKKAN BONGGOL SEPERTI BONGGOL UNTA SEPERTI ORANG NASRANI SEPERTI HADIS
"Dua
golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud)
iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu
memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka
itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri
menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta
yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan
tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak
sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]
Semoga dengan perkongsian kami kali ini dapatlah
kita sama-sama meperbaiki diri dan dapat memakai tudung dengan sempurna.
Tudung bukanlah sekadar untuk berfesyen tetapi
tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah
S.W.T. Tutup aurat kita dengan betul, agar kita menjadi seorang hamba yang
beriman.
Ulasan
Catat Ulasan