TAULADAN:BERBEZA KEBIJAKSANAAN



   Satu hari seorang Profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung  sampan.Di tengah-tengah sungai ,Profesor itu bertanya:”Kau pandai menulis dan membaca??”
   “Tidak.Saya buta huruf,”Jawab pengayuh sampan.
     “Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh kehidupan kamu.Orang yang tidak tahu membaca dan menulis seolah-olah telah hilang separuh daripada keupayaan hidup.”Tidak lama selepas itu,Profesor itu bertanya lagi:”Kamu ada membuat simpanan wang di bank?? ”.
     “Tidak.Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja.”
     “Kalau begitu kamu telah kehilangan separuh lagi kehidupan kamu.Mana mungkin orang yang tiada simpanan wang boleh hidup dengan selesa pada hari tua nanti.”
    Orang tua itu terus mendayung sampan tanpa memperdulikan kata-kat Profesor itu.Tiba-tiba sampan itu bocor.Air masuk dengan banyak dan sampan hampir tenggelam.Si pendayung sampan itu bertanya kepada Profesor  :”Tuan,Adakah tuan pandai berenang??”
   “Err,err…Saya tidak tahu,jawab Profesor itu dengan panic.”
    “Kalau begitu tuan akan hilang seluruh hidup tuan!!”
PENGAJARAN:ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN MANUSIA ITU BODOH,MALAHAN MANUSIA ITU ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN..TETAPI ALLAH MENCIPTA MANUSIA DENGAN KEBIJAKSANAAN YANG BERBEZA.TIDAK SEMUA YANG KITA TAHU ORANG LAIN TAHU DAN TIDAK SEMUA ORANG LAIN TAHU KITA TAHU..SETIAP KITA MESTI TAHU DI MANAKAH KEBIJAKSANAAN ITU DAN MENINGKATKAN KETAHAP YANG MAKSIMUM.JANGANLAH RASA HINA TERHADAP DIRI TETAPI MENCARI KEYAKINAN.ALLAH CIPTAKAN SETIAP MANUSIA UNTUK BERJAYA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya