TAULADAN:SIAPA YANG KAYA???



   Seorang hartawan membawa anaknya menginap disebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin.Dia berharap agar anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki.Setelah berhari-hari di rumah orang miskin itu,mereka pun pulang.Dalam perjalanan pulang ayah bertanya”Apakah pandangan kamu tentang kembara kita kali ini??”
“Seronok!”Jawab anaknya.
“Sekarang ni mesti kamu dapat bandingkan kehidupan orang kaya dan orang miskin bukan??”Kata ayahnya.
“Ya”Jawab anaknya dengan ceria
“Sekarang apa yang kamu dapat belajar daripada semua ini??”
Si anak menjawab:”Kita mempunyai seekor kucing peliharaan,tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan.Kita ada kolam renang,tetapi mereka mempunyai sungai yang jernih yang mengalir airnya untuk mereka mandi.Kita ada lampu import yang mahal harganya,tetapi mereka ada bintang-bintang yang bergerlipan di langit untuk mereka pandang untuk bersantai di halaman rumah pada malam hari..”
Si Ayah menyampuk,anmun anaknya meneruskan lagi,”Kita ada jalan yang berturap tetapi mereka ada padang yang hijau yang tenang mata memandang.Kita seronok menyuruh orang gaji membuat iitu dan ini untuk kita,mereka pula ceria ketika berkhidmat dan member pertolongan kepada orang lain.Kita ada banyak makanan,tetapi mereka yang menghasilkan makanan.Kita ada penjaga untuk harta kita,tetapi mereka mempunyai ramai sahabat yang setia yang sentiasa melindungi kita.”
   Si Ayah terus terdiam apabila anaknya menambah:”Teriam kasih ayah kerana menyedarkan saya betapa miskinnya kita dan betapa kayanya mereka!”
PENGAJARAN:KEKAYAAN YANG SEBENAR TERLETAK PADA HATI YANG BERSYUKUR DAN REDA.BUKAN KERANA APA YANG KITA MILIKI TETAPI KERANA APA YANG KITA BERI.UNTUK MENCAPAI KESENANGAN,KITA PERLU MEMILIKINYA.TETAPI UNTUK MENCAPAI KETENANGAN KITA PERLU MEMBERI.TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya