Berjanggutlah Wahai Kaum Lelaki Kerana Itu Adalah Sunnah Yang Banyak Kelebihan
Hiasan
Sempena
Maulud nabi ini saya ingin berkongsi satu sunnah rasulullah iaitu membela janggut.Saya ada mendengar
beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana
berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat. Antara manfaat yang
selalu diwar-warkan ialah:
a)
Nampak kelelakian
b)
Lebih ‘macho’
c)
Lebih hensem dan berkarisma
d)
Nampak soleh dan beragama
e)
Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
f)
Akan lebih diminati wanita
g)
Mempunyai manfaat kesihatan
h)
Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Abaikanlah
semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas. Kerana semuanya tidak
penting. Sungguh, ia tidak penting!
(Walaupun
begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…)
Luruskanlah
niat kalian agar berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi yang mulia, sallAllahu
`alaihi wasallam. Ia sebaik-baik tujuan.
Rasulullah S.A.W
Bersabda:
“Sesungguhnya
diterima amal perbuatan nya adalah kerana niat dan sesungguhnya orang itu akan
dapat apa yang akan diniatkan.Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan
Rasulnya,maka hijrahnya akan diterima kerana Allah Dan Rasul dan barangsiapa
yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahi,maka dia akan
dapat apa yang diniatkan”
Jika
kalian berjanggut kerana mahukan manfaat-manfaat di atas,kalian akan
memperolehinya barangkali. Tetapi sayang sekali jika itu sahaja yang kalian
dapat.
Berjanggutlah
kerana mahu mengikuti suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Bukan sebab lain.
Antara
kata-kata Nabi sallAllahu `alaihi wasallam untuk kita pegang dalam hal yang
berkaitan dengan berjanggut ialah:
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan
peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari
dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi
(penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan
memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (HR Muslim)
“ Barangsiapa yang
mengikuti sunnahku pada zaman kerosakan,mak dia akan dapat 100 pahal mati
syahid”\
“Islam bermula dengan
asing akhiri juga dengan asing dan beruntunglah orang-orang yang asing”
“Barangsiapa Yang
menyerupai sesuatu kaum,maka dia tergolong dalam kaum tersebut”
Di
dalam hadith di atas, bukan sahaja Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh
kita agar berjanggut, malahan Baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu
daripada menyimpan misai,dan mencukur janggut mereka.
Buat
kalian yang berjanggut dengan niat lurus kerana mahu ikut Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam, bukan kerana lain, maka ketahuilah kejayaan dan kebaikan
bakal menyusul menemui kalian, insyaALLAH.
Buat
sahabat-sahabat yang dagunya sukar ditumbuhi bulu janggut tetapi sangat rindu
mahu amalkan sunnah berjanggut, bersabarlah. Jika ia tumbuh cuma sehelai
pun, biarlah. Walaupun ia nampak tidak cantik dan tidak elok, namun di
sisi ALLAH, moga ia dikira hasanah kerana kesungguhan kalian melaksanakan
sunnah lantaran cintanya kalian terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. InsyaALLAH,
mudah-mudahan lama-kelamaan ia bisa melebat berkat dari kesungguhan kalian yang
mahu ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Berjanggutlah.
Dan
ingat, kita berjanggut kerana mengikuti sunnah Baginda sallAllahu `alaihi
wasallam. Bukan kerana selain itu!
Allahumma
solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad
InsyaAllah . Sesungguhnya dalam sunnah itu ada kejayaan . Yang pasti dan pasti sesiapa yang mengikuti sunnah tersebut berdasarkan kemampuannya demi mengamalkan sunnah nabi berjaya dunia dan akhirat.
BalasPadam