SYAITAN DAN TUGASNYA


   


Ada satu kisah yang mengisahkan duit baitulmal telah dicuri dan seorang sahabat telah Berjaya menangkap pencuri tersebut..Apabila pencuri itu di tangkap,pencuri itu berkata”Lepaskanlah aku..Kata pencuri tersebut.Maka sahabat rasulullah berkata”Tidak!!Kalau aku lepaskan kau,kau akan kembali mencuri”Maka kata pencuri itu aku dan kawan-kawan aku tidak akan datang kembali sekiranya kau membaca ayat ini

Maka sahabat Yang telah menangkap syaitan tersebut telah menceritakan kepada Rasulullah,Kemudian Rasulullah Bersabda:”Itu adalah Syaitan”
Diriwayatkan, Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Boros, boros, boros. Berhutang,berhutang dan berhutang. Belanja, belanja dan belanja. Lupakan kepada mereka yang memerlukan.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan manusia yg sukakan muzik/hiburan sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dan cinta kepada dunia.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita.
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


TONTONLAH VIDEO-VIDEO INI..SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PEMBACA:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya