TAULADAN:MEMIKUL KELDAI
Suatu hari,seorang pemuda telah diserahkan oleh ayahnya kepada seorang
guru sufi untuk dididik supaya mengawal nafsunya . .
“Siapkan bekalan.Mari ikut sya bermusafir,” Kata Guru Sufi tersebut
sebaik sahaja pemuda tersebut tiba di madrasahnya . .Pemuda tersebut terkejut
kerana masih keletihan akibat perjalanan yang jauh untuk ke Madrasah tersebut .
.
“Apa yang perlu saya bawa??” Tanya pemuda tersebut . .
“Bawa pakaian sehelai dua” Kata Guru Sufi tersebut . .
Mereka memulakan perjalanan yang jauh.Setelah agak lama perjalanan
tersebut mereka menemui satu bukit yang amat tinggi . .
“Kita
akan mendaki bukit ini” Kata Guru Sufi . .
“Mana
jalannya??” Tanya pemuda tersebut
“Kita Lalu di lereng bukit ini” Jawab Guru
Sufi tersebut . .
“Nanti…..nanti….saya
penat..Alangkah baik sekiranya kita mempunyai keldai..Kita boleh
menunggangnya..”
“Kamu
hendak menunggangnya???Baik kita pergi beli dahulu.”
Dalam hatinya berasa amat lega,dia tidak akan terpaksa berjalan lagi.Dia
sangat-sangat letih.Setelah Guru Sufi tersebut membeli keldai,dia pun berkata,
“Sekarang
ada dua ekor keldai..Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..”
“Saya
akan menunggang seekor lagi”Pintas pemuda tersebut..
“Tidak!!”
Kata Guru Sufi tersebut .
“Mengapa???”
“Jangan bertanya.. Just Do It” Kata Guru Sufi
tersebut..
Pemuda
itu terkejut dan tidak berani melawan kata Guru Sufi tersebut . .Lalu bertanya
..
“Habis takkanlah kita nak membiarkan seekor lagi
berjalan tanpa beban??”
“Tidak!!,,Malah sebaliknya kamu kena memikul
Keldai tersebut!!”Kata Guru sufi tersebut..
“Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi
ini???” Tanya pemuda tersebut..
“Of couse!!” Jawab Guru sufi tersebut dengan
jawapan yang pendek dan tajam..
Maka
bersusah payahlah dia memikul keldai tersebut menaiki bukit yang tiggi itu,dia
memikul keldai tersebut sambil melalui di tepi lereng bukit yang tinggi
itu..Dia termengah-mengah kerana dia amat keletihan..Saya yang menulis pun
keletihan ^^ ..Sebaliknya Guru Sufi tersebut bersantai-santai menaiki keldainya
yang berjalan dihadapan pemuda tersebut . .Belum sampai separuh perjalanan
pemuda tersebut jatuh keletihan dan dia hampir-hampir pengsan.
Pemuda itu telah dirawat oleh Guru Sufi
itu . .Setelah merawat pemuda tersebut,Guru
Sufi itupun Berkata “Hai Anakku,keldai itu umpama nafsumu.Allah ciptakan
nafsumu untuk kau menunganginya bukan kau ditunggangi olehnya.”
“Maksud Tuan” Tanya pemuda tersebut..
“Dengan menurut nafsumu,kamu akan
disusahkannya.Jiwa,hati dan badanmu akan kelelahan.Kehendak nafsu tidak
terbatas dan tidak pernah puas.Satu-satu kehendak dan kerenahnya.Ini samalah
dengan kau memikul keldai tersebut dengan menaiki bukit tersebut.”
Pemuda itu terdiam. “Sebaliknya,jika kau
menunggangi nafsu dengan mengawal dan mengurusinya,,kau akan mendapat kemudahan
dalam menjalani kehidupan.Nafsu amat berguna selagi dia menjadi hamba tetapi
apabila dia menjadi tuan,apatah lagi tuhan, maka hidup kita akan kucar-kacir”
“Seperti saya menunggang keldai tadi??”Tanya
pemuda tersebut..
“Ya.Dan lihatlah betapa mudahnya menyusuri
lereng bukit ini dengan menaiki keldai ini.Begitulah nafsu sekiranya digunakan kearah
kebaikan” . . . .
PENGAJARAN:NABI
S.A.W SENDIRI BERKATA/BERSABDA YANG BERBUNYI :KITA TELAH PULANG DARIPADA JIHAD YANG
KECIL(PEPERANGAN) DAN KITA SEDANG MENUJU KE JIHAD YANG BESAR/PALING BESAR..PARA
SAHABAT BERTANYA: “APAKAH JIHAD YANG PALING BESAR??” NABI S.A.W MENJAWAB: “JIHAD
MELAWAN NAFSU” ..NAFSU SEBAHAGIAN DARIPADA KITA YANG JIKA TIDAK DIKAWAL AKAN MEMUDARATKAN
KITA..OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMERANGI NAFSU
BUKAN DIPERANGI NAFSU.. SALAM SATU UMMAH,SATU AKIDAH!!!! ALLAHU AKBAR!!!
Ulasan
Catat Ulasan