Saidina Umar Dan Isterinya
Satu hari seorang lelaki yg frust dgn isterinya telah pergi kpd Amirul Mukminin Umar al Khattab utk mengadu, tiba di rumah Amirul Mukminin dia terkejut mendengar jeritan isteri pemimpin umat Islam itu sedang memarahi Umar al Khattab ra.Bahkan lebih teruk daripada dia.Dia merasakan antara isterinya dengan isteri Amirul Mukminin,isterinya lebih lembut berbanding isteri Saidina Umar yang bersikap cerewet & tidak menghargainya, lantas dia pun pergi kerana tidak mahu mengganggu...
Tiba-tiba Amirul Mukminin memanggilnya.. Dia pun datang kembali kepadanya lalu mengatakan dengan perasaannya yang hampa.. Aku menyangkakan aku Saja yang mempunyai masalah dengan isteriku.. Rupa-rupanya Tuan pun menghadapi masalah yang sama malah lebih teruk ! Amirul Mukminin pun Menjawab & Jawapan beliau menampakkan hikmah beliau seperti yang disifatkan oleh nabi , katanya pada lelaki yang mengharapkan kesempurnaan pada seseorang isteri itu,
Wahai sahabat! Ketahuilah olehmu bahawa isteri adalah anugerah Allah untuk kita, Mereka banyak berkorban untuk kita, memasak untuk kita, membasuh pakaian, melahirkan anak untuk kita serta mendidik mereka.. Adatnya memang kadang-kadang Ada kesilapan.. Tapi ketahuilah olehmu Wahai saudaraku, satu hari pasti tiba, Samada mereka wafat(meninggal) sebelum kita lalu kita berehat Dari kekurangan & kejahatan mulut mereka yang mungkin tidak disengajakan, atau kita yang pergi sebelum mereka, lalu mereka tidak dapat menyakiti kita lagi dengan sikap atau ucapan mereka... Wahai saudara hadapilah hidup ini dengan kesabaran, kerana dunia tak pernah sempurna... Sekian Tamat.. Jom sama2 kita menghargai para isteri... Seeeru 'ala barakatilLah ( teruskan kehidupan dengan keberkatan yang Ada di sisi Allah)
Ulasan
Catat Ulasan