Tauladan: Ulama’ Dan 20 Sen
hiasan
Pada Suatu hari,seorang ulama’
yang tersohor(dikenali ramai orang termasuk orang bukan islam)ingin pergi ke
sebuah tempat dengan menaiki bas awam…Kebetulan pada masa itu pemandu bas
tersebut merupakan orang yang bukan beragama islam..
Seperti biasa yang dilakukan oleh
penumpang,Ulama’ tersebut beratur sebelum membayar tambang dan harga tambang
RM2 untuk ketempat yang ingin di tuju..Selepas membayar tambang
tersebut,pemandu bas tersebut memulangkan 20 sen(RM1.80) kepada ulama’
tersebut..Ulama’ tersebut terud duduk dengan rasa muskil(Pelik) dengan 20 sen yang dipulangkan oleh pemandu bas
tersebut..Dia berfikir “Nak Pulang Ke Tidak,Nak Pulang ke Tidak??” sehinggalah
sampai ke destinasi beliau..
Pada mulanya dia hanya berfikir ”Alah 20sen je kot..xkanlah nk berkira..” tetapi
akhirnya dia memulangkan 20sen tersebut kepada pemandu bas tersebut..Pemandu
bas tersebut terkejut dengan pemulangan duit tersebut lalu berkata “Sudah lama
aku tertarik pada islam tetapi tiada siapa lagi yang ingin menunjukkan bahawa
islam itu indah kepadaku..tetapi tuanlah yang menunjukkan islam itu
indah..Bagiku sekiranya Tuan tidak memulangkan 20sen tersebut,Apatah lagi
orang-orang islam yang biasa tidak seperti tuan??”
Akhirnya disebabkan sifat kejujuran Ulama’ tersebut,Pemandu bas tersebut
memeluk islam..Sama-samalah kita mengambil ikhtibar daripada kisah tersebut..
PENGAJARAN:JANGANLAH
KITA MEMPERKECILKAN NILAI ISLAM YANG ADA PADA DIRI KITA..KERANA DENGAN HANYA
NILAI YANG KECIL TERSEBUT,AGAMA LAIN AKAN MENILAI APAKAH ISLAM ITU…JANGANLAH
SAMPAI PERBUATAN KITA BOLEH MEMFITNAH ISLAM..SESUNGGUHNYA MENDATANGKAN FITNAH
PADA AGAMA BERDOSA BESAR….SALAM SATU UMMAH!!!ALLAHU AKBAR
Ulasan
Catat Ulasan