Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk
Orang Hina Di Sisi ALLAH
SWT : Mustafa Kemal Atatürk
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938
adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin
revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan
berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika
Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali
wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak
oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan
kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari
Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek
kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian
dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah
negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.
Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik.
Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan
empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun
1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan
memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki
memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan
kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan
bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian
moden”
5. Menggalakkan minum arak
secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam
bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan
Parsi.
8. Mengambil
arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka
diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di
bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa
agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk
kemajuan.
10. Agama Islam juga
dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang
perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid
Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta
melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan
Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan
kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya
tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya
ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar
tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga
dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah
telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa,sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas
tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan
dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi
selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak
seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam,
sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi
balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam,tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke
liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun
(sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula,
tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi
tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke
satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan
Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi
Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui.Wallahua'lam
Ulasan
Catat Ulasan