Rahsia BERWUDUK dari Sudut Kesihatan Manusia
Syarat
mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan
solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.Pernahkah
kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.
Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota
tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?Banyak
rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang
dapat diungkapkan ialah:
Setiap
perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima
pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung,
telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Pakar
Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang
menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki
berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda
tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya
titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati
rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Anggota
badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang
merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan,
usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan
dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang
bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara
sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan).
Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan
dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.
Jumlah
Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!
Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita
tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa
kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita
abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu
ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana
titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati
migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan
telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik
ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi
harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan
amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima
ransangan.
Terdapat
125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.
Subhanallah…sungguh
luar biasa rahsia wuduk…
HIKMAH
BERWUDUK DARI SUDUT SAINS
Sesungguhnya
setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang
tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah
umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin
membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.
Mengapakah
wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di
sebalik perlakuan berwuduk?
Mari kita
menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.
Dr.
Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan
Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals
and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke
atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa
berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang
kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau
Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang
ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi
dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi
kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Mengikut
ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif
Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya
dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada
di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku
lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan
yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi
yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia
memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."
Ghurrah
bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula
bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku
lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam
Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal
Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).
Selain
daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai
penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh
mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru
(recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem
peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia
merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas,
hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan
kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar
pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Di
samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk:
"Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh
mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut
kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada
kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini.
Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan
daripada kesan pencemaran tersebut.
Benarlah
ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik
untuk hamba-NYA....
Allahu Akbar ! :)
BalasPadamAllahu Azza Wa Jalla,
Jalla Jalaluh.
InsyaAllah akan ku istiqamah berada dalam keadaan berwuduk . Amin.
Ku amalkan sejak f2 lagi.
Moga-moga sampai habis sisa hidupku didunia ini dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Syukran !