18 HADIS MENGENAI WANITA
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang lebih daripada lelaki.Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W tentang perkara tersebut,jawab baginda”Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia”
2. Apabila seorang perempuan
mengandungjanin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat
kepadanya.Allah mencatatkan baginya setiap hari 1,000 kebajikan dan
menghapuskannya 1,000 kejahatan
3. Apabila seorang perempuan
mulai sakit ketika hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah
4. Apabila seorang perempuan
melahirkan anak,keluarlah diadari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya
5. Apabila telah lahiranak
lalu disusui,maka bagi ibuitu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan
6. Apabila semalaman ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka allah memberinya pahal
seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama
7. Barang siapa yang
mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan allah dan orang yang takutkan allah akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya
8. Barang siapa yang membawa
hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya),maka
pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendalhulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan/mengembirakan anak perempuan
seolah-olah telah memerdekakan anak Nabi Ismail
9. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah akan memasukkannya ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun)
10.
Perempuan yang sembahyang 5 waktu,puasa bulan
Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari
pintu syuga mana yang dikehendakinya
11.
Wanita yang solehah(baik)itu lebih baik daripada 1,000 lelaki
yang soleh
12.
Aisyah berkata”Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang
yang lebih besar haknya terhadap wanita??Jawab Rasulullah,”suaminya”.”Siapa
pula yang berhak ke atas lelaki?”Jawab Rasulullah “Ibunya”
13.
Apabila memanggil akan kau kedua ibu bapamu,maka jawablah
dahulu panggilan ibumu
14.
Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut,burung
di udaramalaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat akan suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia di mana-mana
pintu yang dikehendakinya tanpa dihisab
16.
Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama
aku(Nabi S.A.W)di dalam syurga
17.
Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara
perempuan atau 2 saudara perempuan lalu bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,maka
baginya syurga
18.
Daripada Aisyah r.a “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka
“Barang siapa yang mempunyai harta
yang banyak,akan lama hisabnya pada hari akhirat”
(Imam Ahmad Bin Hambal)
Ulasan
Catat Ulasan