MENYAYANGI SESAMA MAKHLUK


Dari Abdullah bin Umar r.a,berkata,Rasulullah S.A.W bersabda,’Orang yang penyayang akan disayangioleh Yang Maha Penyayang.Sayangilah sesiapa(Makhluk)yang ada di  bumi,maka malaikat yang ada dilangit akan menyayangi kamu.

 HIASAN

KISAH SAIDINA UMAR DAN BURUNG PIPIT
Kaitannya dengan hadis tersebut terdapat kisah Saidina Umar bin Khatab r.a.Ketika beliau (Umar)berjalan di lorong-lorong sempit di kota Madinah,dia melihat seorang anak kecil sedang memegang burung pipit dan mempermainkannya.Melihat pemandangan itu,Beliau(Umar) merasa kasihan terhadap burung tersebut.Maka beliau merayu si anak  agar sudi memberikan burung itu padanya,lalu brliau membeli dan melepaskannya.

Ketika beliau(Saidina Umar)wafat,banyak ulama yang bermimpi melihatnya.Dalm mimpi itu mereka bertanya kepada Beliau mengenai keadaannya.Mereka bertanya”Apa yang allah buat padamu wahai Umar?”Saidina Umar r.a menjawab:”Allah telah merahmati dan mengampun dosa-dosaku.”Mereka bertanya:kenapa sebabnya?Apakah disebabkan sifat pemurah,keadilan dan kezuhudanmu?”Saidina Umar menjawab:”Ketika kalian selesai memakamkanku,lalu meninggalkanku sendirian,maka dattngla dua malaikat yang menakutkan.Saat itu fikiranku amat panic,tubuhku bergetar kerana ketakutan.Lalu kedua malaikat memegang dan mendudukkanku,hendak menanya aku.Tiba-tiba aku mendengar suara tanpa rupa,’Wahai dua malaikat!Tinggalkan hamba-Ku dan janganlah menakutkannya.Aku telah merahmat mengampuni dosa-dosanya kerana dia telah menyayangi seekor burung pipit ketika berada di dunia.Itulah sebabnya aku merahmatinya di akhirat

Wallahu'alam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya