Bagaimana Berjumpa Rasulullah Dalam Mimpi??


                                                                      Masjid Nabawi
Seorang sahabat  saya bertanya soalan bagaimanakah untuk berjumpa dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi?Masya ALLAH, memang bagus betul soalan tersebut.  Ia biasanya ditanya oleh orang-orang yang soleh yang rindukan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Saya tidak mampu untuk menjawabnya.  Soalan itu berat untuk saya menjawabnya kerana saya sendiri pun belum lagi direzekikan oleh ALLAH Ta`ala untuk mengalami mimpi yang mulia itu.  Beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi semasa hayatnya.Jadi saya kemukakan hadis yang sepintas lalu saya teringat kepada sahabat saya
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjelma rupaku.”  (HR Muslim)
Saya pernah mendengar jawapan yang sangat cantik yang pernah dijawab oleh Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang sama.  Beliau telah menjawabnya dengan menyampaikan suatu kisah yang beliau perolehi dari seseorang yang beliau kenali.  Kisahnya seperti berikut:-
Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.
Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya”  Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.
“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?”  Tuan guru bertanya semula.
“Ya, wahai tuan guru”  Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.
“Jika begitu.  Marilah datang ke rumah saya malam ini.  Kita makan malam sama-sama ya…”  Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.
“Apa?  Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki”  Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.
Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan.  Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.
“Boleh saya minta air?  Saya dahaga, wahai tuan guru”  Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.
“Oh tidak, air tidak dibenarkan”  Jawab tuan guru.
“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.”  Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.
“Tidak, air tidak dibenarkan.  Makan sahajalah”  Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.
“Baiklah tuan guru.”  Pelajar tersebut akur.
Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.
“Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi.  Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Pelajar itu bertanya.
“Oh, tidak.  Bukan sekarang.  Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.”  Jelas tuan gurunya dengan lembut.
“Habis tu, bila wahai tuan guru?”  Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.
“Tidurlah sekarang.  Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”  Jawab tuan gurunya sambil memujuk.
Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan.  Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.
“Wahai anakku, marilah ke sini…”  Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.
“Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!”  Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.
“Nanti dulu.  Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?”  Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.
“Ya, ada.”  Jawab pelajar tersebut ringkas.
“Apa yang kamu lihat?”  Tanya tuan guru lagi.
“Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya”  Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya.  Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.
“Benarlah wahai anakku.  Engkau telah bercakap benar.  Engkau telah bercakap benar.  Dan engkau juga mempunyai niat yang benar.  Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar.”  Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.
“Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi.”  Tuan guru menyambung lagi.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.  Kisah tersebut membuka suatu pertanyaan yang besar buat kita yang perlu kita sendiri muhasabah dengan jawapan tersebut.
Benarkah kita cintakan Rasulullah S.A.W?  Sudahkah kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang Siapa yang Mengamalkan sunnahku Pada zaman kerosakan(Mutaakhir)maka dia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid”  
 Sejauh manakah kita menjauhi kesemua larangan-larangan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam?  Dan istiqamahkah kita mendo`akan solawat buat junjungan mulia sallAllahu `alaihi wasallam?
Barang siapa yang ingin mendapat kasih Allah dan Rasul-Nya
1.Hendaklah mengikut ajarannya(rasululahsepenuhnya)
2.Taat kepadanya
3.Perbanyakkan selawat ke atasnya(allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Muhammad )
4.Apabila mendengar tentang agama rasa gembira dan lapang hatinya
Kemungkinan  sebab itulah kita belum direzekikan oleh ALLAH Ta`ala buat kita untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi disebabkan keadaan kita yang belum betul-betul cintakan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Sheikh Muhammad Hassan selepas menyampaikan kisah tersebut lalu mengajak kita semua bermuhasabah:
“Berkemungkinankah untuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam datang di dalam mimpi seseorang yang makan dari makanan yang haram? Seseorang yang matanya melihat perkara yang haram? Seseorang yang lidahnya menipu?  Seseorang yang terlibat dengan riba?  Seseorang yang munafiq?  Adakah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam akan datang kepada orang-orang ini???!!!
Tidak!  Sama sekali tidak! Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tidak akan datang melainkan kepada orang yang Baginda sayangi…!”
Sheikh Muhammad Hassan seterusnya menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tua berumur 70 tahun yang tinggal di sebuah rumah usang yang hanya diperbuat dari tanah liat.  Keistimewaan ibu tua ini ialah pada setiap malam beliau dapat berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.  Antara amalan yang selalu dilakukan ialah beliau tidak pernah berhenti dari bersolawat ke atas Baginda S.A.W Setiap saat yang ada, beliau sentiasa bersolawat ke atas Nabi Muhammad  S.A.W
Selain bersolawat sepanjang masa, Sheikh Muhammad Hassan juga memberi nasihat, untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah kita semua menguatkan rasa cinta kita kepada Baginda.  Samalah seperti air di dalam kisah di atas.  Seseorang yang sangat mendambakan sesuatu akan terbawa-bawa hingga ke dalam mimpinya.
Dan cara menguatkan cinta bukanlah hanya dengan mempunyai perasaan cinta sahaja.  Ia mestilah disertai dengan mengikuti sunnah-sunnah Nabi  S.A.W Iaitu dengan cinta dan ikut sepenuhnya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Tidak ada cara lain lagi.  Untuk bertemu dengan Nabi S.A.W di dalam mimpi, hendaklah diterapkan sekuat-kuatnya rasa cinta dan ikut Baginda.  InsyaALLAH, Nabi S.A.W.akan datang bertemu dengan mukmin yang betul-betul cinta dan ikut Baginda.  Semoga kita semua dapat memperbaiki diri kita dalam hal menghayati sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
,Akhir sekali saya teringat seorang ustaz saya memberitahu bahawasanya Rasulullah akan memberi air minuman kepada umatnya daripada telaga Kuthar kecuali orang yang mengubah ajarannya.
Dan mudah-mudahan kita semua digolongkan oleh ALLAH S.W.T umat Nabi Muhammad S.A.W  yang tidak mengubah Ajarannya dan Mendapat Syafaatnya..Insya-Allah..
Wallhua’lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Konsep Salam

CERAI TAKLIK DAN PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Saidina Umar Dan Isterinya